Jumaat, 15 Disember 2023

BANJIR - JANGAN BUAT FITNAH


11 lokasi di Johor Bahru dilanda banjir kilat


JOHOR BAHRU – Hujan lebat berterusan sejak pukul 4 petang sehingga 6.15 petang tadi menyebabkan 11 lokasi di sekitar bandar raya ini dilanda banjir.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memaklumkan lokasi terjejas adalah Jalan Rosmerah Utama; Jalan Setia 10, Setia Indah; Jalan Mutiara Emas Utama; Jalan Mohd Amin 7 dan ⁠Jalan Setia 11, Setia indah.

“Lokasi lain iaitu Jalan Dato’ Sulaiman; Jalan Harmonium 24; Jalan Datin Halimah; ⁠Jalan Skudai; Jalan Tampoi dan Kampung Ubi,” menurut MBJB dalam satu kenyataan, malam ini.

MBJB memaklumkan susulan itu, Skuad Kilatnya telah digerakkan untuk membuat kawalan lalu lintas, mengalihkan halangan, memeriksa lubang air tersumbat serta lain-lain bantuan.

Ia turut meminta pengguna jalan raya dan penduduk bandar raya ini untuk sentiasa berhati-hati dan memastikan keselamatan jiwa dan harta benda mereka.

Bagaimanapun, hujan sudah berhenti di beberapa lokasi sekitar bandar raya dengan paras  air banjir kilat itu mulai surut. – Bernama


BANJIR MEMANG

SATU BALA 

UNTUK KITA 

AMIN

JANGAN SEBAR

FITNAH

AMIN

INI BUKAN BALA

KERANA PEMIMPIN

MAIN BONTOT

ATAU BANYAK

MAKSIAT

AMIN

BANJIR BERLAKU

KERANA IKLIM

DUNIA BERUBAH

AMIN

DUNIA MAKIN

PANAS

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Neraka lagi panas. Langsung tak ada banjir.