Jumaat, 15 Disember 2023

HOLOCAUST SEBAGAI UMPAN



HOLOCAUST  

SEBAGAI  UMPAN 


Data tahun 2022  menunjukkan 90% daripada media di Amerika Syarikat dikawal oleh hanya enam syarikat: AT&T, CBS, Comcast, Disney, Newscorp dan Viacom.

Walaupun terdapat banyak perkhidmatan berita, kebanyakan berita yang dicetak dan disiarkan di seluruh dunia setiap hari hanya datang daripada beberapa agensi utama. Tiga terbesar daripadanya ialah Associated Press di Amerika Syarikat, Reuters di Great Britain, dan Agence France-Presse di Perancis.

Hampir kesemua syarikat gergasi ini  memiliki akhbar, majalah, stesen TV , portal laman sosial dan juga pembikinan   filem. Saya berani berkata bahawa   syarikat-syarikat  inilah  yang mengolah jalan cerita dan naratif  siasah, budaya  dan ekonomi dunia kita hari ini. 

Tidak dapat dinafikan syarikat media ini banyak yang dimiliki  oleh Yahudi atau oleh saham Yahudi. Justeru semua genre media ini akan cenderung untuk bersimpati dengan  Yahudi, Zionis dan Israel.

Lalu timbul persoalan - kenapa Eropah dan pemimpin dan warga negara Eropah  kini dibaca sebagai pencinta  Israel.

Jawabnya : Eropah merasa bersalah kerana terjadinya Holocaust. Rasa salah yang tidak sudah-sudah. Holocaust juga dikahwinkan dengan genocide.

Holocaust ialah pembunuhan sistematik yang ditaja kerajaan terhadap enam juta lelaki, wanita, dan kanak-kanak Yahudi  oleh Nazi Jerman. 

Manakala pemusnahan yang sengaja dan sistematik terhadap sekumpulan orang lain  kerana etnik, kewarganegaraan, agama atau bangsa yang bukan Yahudi  diberi nama genocide. :  pembunuhan beramai-ramai.

Genocide telah dijadikan jenayah yang boleh dihukum di bawah undang-undang antarabangsa oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semenjak Disember 1946.

Dengan licik lagi bijak kelihatan perkataan Holocaust ini telah menjadi eklusif untuk Bani Yahudi sahaja. Genocide untuk yang lain.

Dari fakta sejarah Holocaust di  Eropah berlaku semasa Perang Dunia Ke Dua. Antara 1941 dan 1945 Nazi Jerman dan negara penyokong  Hitler secara sistematik membunuh kira-kira enam juta orang Yahudi di seluruh Eropah. Angka 6 juta ini kira-kira dua pertiga daripada penduduk Yahudi di Eropah. 

Pembunuhan itu dilakukan terutamanya melalui tembakan besar-besaran dan gas beracun di kem pemusnahan, terutamanya Auschwitz-Birkenau, Treblinka, Belzec, Sobibor, dan Chełmno di Poland.

Ini jenayah perang yang dilakukan oleh  Nazi Jerman. Hitler menganggap Yahudi mengontrol ekonomi German dan Eropah. Untuk selamatkan Jerman dan Eropah Bani Israel wajib dihapuskan.  Ini falsafah Nazi.

Jenayah Hitler  ini telah di gunakan oleh kaum Zionis  untuk dijadikan  umpan peras ugut.  Bukan sahaja Eropah yang diperas ugut oleh kaum Zionis malah seluruh dunia juga di peras ugut.

Umpan peras ugut itu ialah Holocaust.

Hari ini sesiapa sahaja yang mengkritik Israel akan di cap sebagai kumpulan anti Semitik, anti Yahudi dan juga penyokong Nazi.

Di Eropah hari ini kita boleh mempertikaikan kewujudan Tuhan. Sesiapa saja  boleh mempertikaikan kewujudan Nabi Isa atau Nabi Muhamad. Tapi mempertikaikan dan mempersoalkan kewujudan Holocaust adalah satu jenayah. Holocaust dianggap sakral. 

Jika ada sosok yang  bertanya dan mempertikaikan apakah betul 6 juta Yahudi mati  dalam  Holocaust, ini   akan di tafsir sebagai  satu  jenayah yang akan membuka pintu penjara.

Contoh terbaik warga British ialah David Irving . Sosok ini seorang  pakar sejarah Perang Dunia Ke Dua telah di penjara selama 3 tahun pada tahun 2006 di Austria kerana mempersoalkan kesahihan Holocaust.

Inilah kekuatan kaum Zionis  yang telah berjaya memeras ugut Eropah untuk terus menyokong Israel. Zionis berhujah : Israel adalah satu-satunya wilayah yang selamat untuk Bani Israel  dalam dunia ini. Bani Yahudi yang ditindas hanya akan selamat di Israel.

Bagaimana  kaum Zionis berjaya menggunakan Holocaust  sebagai umpan peras ugut hingga ke hari ini?

Jawabnya mudah : melalui media dunia milik  kaum Zionis.  Media  dunia ini akan terus berperanan untuk memastikan  cerita Yahudi kena seksa, kena bakar, kena gas dan kena cincang ini terus di jual sepanjang tahun tanpa henti-henti.

Buku kesah Perang Jerman terus di olah, dicetak dan disebar. Saban tahun akan ada sahaja filem  Perang Jerman di buat. Saban tahun pada 11 November – hari tamat Perang Dunia Ke Dua – akan ada Yahudi bekas tahanan Nazi akan ditemu bual oleh media untuk sarapan dunia.  

Malah berapa ramai bekas tahanan Nazi yang masih hidup akan terus dikira sebagai satu berita dunia yang kudus.

Media Eropah akan terus memperingati kesah-kesah keganasan dan kezaliman Hitler dimana Bani Yahudi menjadi mangsa.

Menjadi mangsa ini amat penting. Ini salah satu teknik peras  ugut yang mujarab.

 Tugu-tugu peringatan didirikan. Seminar , forum dan pameran tentang Holocaust dan Nazi akan berjalan tahun demi tahun. Muzium didirikan dimana anak-anak sekolah akan datang melawat.

Saya amat yakin angka 6 juta Yahudi mati dibunuh Hitler di ketahui oleh umat dunia. Ini hasil dari kerja media pro Zionis yang menjaja angka 6 juta ini  saban tahun. 

Dunia sentiasa  diberi ingatan agar jangan lupa bagaimana Bani Yahudi menjadi mangsa Nazi Jerman.

Inilah kebijaksanaan media  milik Zionis  atau media pro Zionis.

Saya juga  amat yakin tidak ramai warga Malaysia malah warga dunia pun tidak  sedar bahawa dalam Perang Dunia ke Dua yang paling ramai  gugur  terkorban adalah warga Rusia bukan Yahudi.

Fakta menunjukkan Kesatuan Soviet Rusia kehilangan kira-kira 27 juta orang semasa perang. Ini termasuk 8.7 juta tentera dan 19 juta kematian orang awam.  Soldadu yang mati ialah 5.7 juta etnik Rusia, diikuti oleh 1.3 juta etnik Ukraine.

Seramai 27 juta soldadu dan warga Rusia terkorban dalam Perang Dunia Ke Dua ini  bermakna  satu par tiga warga penduduk   Rusia gugur akibat perang.  Setiap keluarga Rusia ada yang  menjadi mangsa perang.

Lalu saya bertanya - pernah kah kita  melihat filem Perang Jerman dari Hollywood atau dari United Kingdom  dimana diperlihatkan peranan soldadu Rusia melawan Nazi ?  Jawabnya pasti tidak pernah.

Saya sendiri dari kecil hanya  melihat filem Perang Jerman dimana soldadu Nazi dilihat jahat dan soldadu Amerika digambarkan wira. 

Ketika saya ke sekolah menengah hingga ke Universiti Malaya tidak ada langsung pengetahuan saya tentang peranan Rusia dalam Perang Dunia Ke Dua. Walhal soldadu Amerika yang gugur hanya 400,000 dan soldadu United Kingdom yang tewas hanya 384,000.  Jauh lebih kecil dari jumlah soldadu Rusia yang terkorban.

Ini pengaruh filem Perang Jerman dari Holywood.

Ini bukan bermakna saya hendak mempertikaikan dan memperlekehkan jumlah Yahudi yang mati,  atau jumlah soldadu Amerika dan Inggeris yang gugur.  Bukan. Tidak. Bukan.

Saya hendak menunjukkan bagaimana kaum Zionis telah mengkonstruk naratif  pemikiran kita melalui filem.

Saya juga amat yakin dunia hingga ke hari ini  tidak mengetahui tentang pembunuhan beramai-ramai lebih 500,000 orang Gipsi. Di Eropah tiada  peruntukan dalam kurikulum untuk mengajar dan memberi pencerahan tentang Gipsi sebagai  mangsa Perang Dunia Ke Dua. Gipsi tidak diajar  di sekolah sebagai sebahagian daripada pendidikan Holocaust.

Siapa Gipsi ini ?

Gipsi atau  Roma  berasal dari India. Mereka ini tidak memiliki tempat tinggal. Mereka berpindah randah dari  pekan ke pekan dari negara ke negara dengan karavan. Mereka Pengembara mencari makan dengan pertunjukan  silap mata, pemain sarkas  dan penghibur jalanan. 

Media cetak, media leteronik , muzium, pameran memainkan peranan penting untuk menyebar naratif. Tapi pengaruh filem lebih meluas dan lebih mengusik jiwa.  Pengaruhnya berpanjangan.

Di London saya berpeluang menuntun filem Au revoir les enfants atau  Selamat Tinggal Kanak-kanak. Filem tahun 1987  ialah sebuah filem autobiografi yang ditulis, diterbitkan dan diarahkan oleh Louis Malle 
( 1932 -1995).

Filem ini mengesahkan  Père Jacques, seorang paderi dan guru besar Perancis yang cuba melindungi kanak-kanak Yahudi semasa Holocaust. Filem ini memenangi Golden Lion di Festival Filem Venice.

Di Kuala Lumpur saya berpeluang menuntun filem The Pianist (2002). Ini  sebuah filem drama perang biografi. Diterbitkan dan diarahkan oleh Roman Polanski, dengan skrip oleh Ronald Harwood, dan dibintangi oleh Adrien Brody.

Filem ini  berdasarkan buku autobiografi memoir Holocaust oleh pemain piano dan komposer Poland-Yahudi Władysław Szpilman, seorang yang terselamat  dalam Holocaust.

Filem The Pianist pada  hemat saya amat tinggi mutu seninya. Filem ini memenangi  pelbagai hadiah tersohor dalam dunia filem. 

Ada satu  perkara yang saya ternampak dan ingin saya nyatakan disini. The Pianist hasil  buku garapan  sosok Yahudi, cerita dan  kesah Yahudi. Pengarah dan Penerbit Roman Polanski  seorang Yahudi dan Adrien Brody pelakon Yahudi.  

Saya tidak  tahu dana  sebanyak 32 juta dolar dari mana. Mungkin dari pelabur Yahudi. Ini bukan kerana saya anti Yahudi. Apa yang ingin saya paparkan bagaimana Holocaust terus dijaja

Apa yang sahih filem adalah bentuk seni yang amat halus. Lagi tinggi pencapaian seninya lagi berjaya naratif yang dibawa. Lagi ramai terpengaruh.

Semua ini  membuktikan bagaimana Holocaust telah menjadi umpan pada Eropah dan pada dunia agar kita terus melihat Yahudi sebagai mangsa.

Tetapi satelah serangan  gerila Hamas pada pagi Sabtu  7 Oktober 2023 semuanya telah berubah. Paling jelas ialah  naratif Holocaust kini mula retak terbarai.

Paling jelas ialah munculnya gelombang baru – kesedaran baru oleh warga dunia.   Israel yang dulu menjadi sasaran kezaliman, mangsa pemindahan kini telah terbalik. Zionis Yahudi kini dilihat oleh warga dunia sebagai pembawa kezaliman, pengamal genocide dan punca huru hara di dunia.  

Yang ditindas kini jadi penindas.

Paling menarik ialah gelombang Bani Yahudi sendiri yang mula lantang bersuara menentang kaum Zionis. Siapa mereka ini ? Tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
THE MALAYSIAN INSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/476647



Tiada ulasan: