Khamis, 7 Disember 2023

BENGANG - LANGGAR HINGGA MATI


Amuk di lebuh raya: Yew Wei Liang dipenjara 16 tahun

YEW Wei Liang, lelaki yang melanggar sehingga menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir di Lebuh Raya Utara Selatan empat tahun lalu, hari ini dihukum penjara 16 tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mensabitkan kesalahannya semalam.

Hakim Julia Ibrahim menjatuhi hukuman itu selepas mendengar hujahan rayuan oleh peguam belanya bagi mengurangkan hukuman.

Semalam, Wei Liang, 45, diputuskan bersalah mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun.

Dia sebelum itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati.

Wei Liang dihadapkan ke mahkamah pada 22 Ogos 2019, 10 hari selepas kejadian.

Syed Muhammad Danial disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Nilai Medical Centre pada hari kejadian.

Kejadian itu dikatakan berpunca daripada kemalangan kecil selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala selatan. – 7 Disember, 2023.

INI KES

MARAH DAN

HILANG 

PERTIMBANGAN

AMIN

 KHALAS

Tiada ulasan: