Khamis, 7 Disember 2023

INI CONTOH ZIONIS TEMPATAN



Arab rosakkan pemikiran rakyat Malaysia terhadap Israel, dakwa Victor


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang mendakwa warga dari negara ini, Victor Yong Jen Ong mendakwa masyarakat Arab selama ini telah merosakkan pemikiran rakyat Malaysia terhadap Israel.

Dalam satu temubual dengan pempengaruh Israel, Hananya Naftali, Victor yang mendakwa pernah tinggal di Johor Bahru berkata, keganasan Arab radikal sangat aktif di Malaysia.

Naftali merupakan kakitangan dalam unit yang memberi nasihat kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

“Anak Israel pun disebut dalam al-Quran kitab suci Islam menuntut agar dipanjangkan kasih sayang kepada Bani Israel tetapi keganasan Arab radikal berbeza daripada itu dan mereka sangat aktif di Malaysia selama 75 tahun yang lalu cuba merosakkan intelek rakyat Malaysia.

“Untuk menjadikan Melayu dan Cina menentang negara Yahudi.
Ini adalah proses yang perlahan tetapi sangat mantap,” kata Viktor dalam video yang dikongsi di platform X.

Beliau turut mendakwa Hamas dan Fatah iaitu organisasi politik di Palestin secara aktif menyebarkan kebencian dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap Israel.

Katanya, maklumat yang salah sengaja disebarkan bagi menentang kerajaan Israel di alam siber.

“Kita harus berhenti mempercayai penyamar, berita palsu  dan maklumat salah yang dikeluarkan oleh mengenai orang Yahudi

“Terdapat beberapa organisasi Arab yang berpura-pura menjadi orang Yahudi dan mereka menipu dan berbohong dalam internet untuk menimbulkan tanggapan negatif terhadap negara Yahudi,” katanya.

Sementara itu, beliau mencadangkan agar Malaysia mengikut langkah negara Arab seperti Bahrain dan Emeriah Arab Bersatu yang mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel.

Malah beliau turut mencadangkan agar Israel mewujudkan sebuah kedutaan di Malaysia.

“Bahawa kedutaan Israel akan membawa begitu banyak budaya ke Malaysia mengenai orang Yahudi. Menyedarkan kita semua tentang kebenaran yang sebenarnya, dan seperti kata pepatah ‘kebenaran akan membebaskan kita semua’,” kata Victor.

Beliau berkata, hubungan Malaysia dan Israel akan berjalan dengan aman dan damai kerana tidak seperti pengganas Arab, orang Melayu memiliki hati yang baik dan menerima pelbagai etnik ke negaranya.

Dalam video tersebut kelihatan bendera Israel dikibarkan di sebelah Jalur Gemilang dalam biliknya. – 


Victor Yong sokong wujudkan hubungan diplomatik dengan Israel diberkas polis

KUALA LUMPUR – Polis hari ini individu dikenali Victor Yong Jen Ong bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang menyokong hubungan diplomatik antara Malaysia dan israel diwujudkan.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut dalam temubual dengan pempengaruh media sosial Israel, Hananya Naftali yang tular di laman media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman  Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, permohonan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 8 Disember telah dibenarkan ke atas suspek berusia 36 tahun itu oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru.

“Siasatan mendapati kenyataan itu dibuat (Victor Yong) dalam satu temubual bersama pempengaruh media sosial Israel bernama Hananya Naftali yang kemudian telah dimuat naik dalam laman Tiktok MalaysiaGazette,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Shuhaily, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5), JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Tambah beliau, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan penyebaran berita yang mampu menimbulkan ketakutan atau kegentaran kepada awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian perkhidmatan rangkaian. – 



INI CONTOH

ZIONIS TEMPATAN

AMIN

ADA BERAPA 

RAMAI LAGI

CHINA MACAM INI

DI TANAH MELAYU?

AMIN

MEREKA SEDIA

 JADI AJEN ZIONIS

KHALAS

Tiada ulasan: