Rabu, 27 Disember 2023

JUAL TAKUT


25 kertas siasatan dibuka berkaitan penipuan syarikat pengendali umrah

SEBANYAK 25 kertas siasatan dibuka untuk menyiasat kes penipuan membabitkan sebuah syarikat pengendali umrah, kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siasatan) Bukit Aman Rohaimi Md Isa.

Beliau berkata kertas siasatan berkenaan kini sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Rohaimi berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) juga telah menggantung lesen syarikat terbabit.

“Sejak penggantungan lesen oleh MOTAC pada 10 Julai lepas, tiada pakej umrah baharu ditawarkan syarikat itu kepada orang awam dan tiada kes baharu dilaporkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa penipuan pakej umrah mahu tindakan tegas diambil terhadap syarikat berkenaan selepas syarikat itu didakwa gagal membayar ganti rugi kepada mereka.

Mengenai dakwaan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia yang menyatakan bahawa tiada tindakan diambil dalam kes berkenaan, Rohaimi berkata ia tidak tepat.

Beliau berkata menurut kenyataan media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf pada 29 November lepas, sebanyak 21 kertas siasatan dibuka berhubung penipuan pakej umrah melibatkan angka kerugian lebih setengah juta ringgit.

“Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia juga telah menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap 177 aduan melibatkan tuntutan sebanyak RM4,335,073.07. Selain itu, Suruhanjaya Syarikat Malaysia juga telah mengambil tindakan menyenaraihitamkan (sekatan pentadbiran) syarikat dan kedua-dua pengarahnya di bawah Akta 614,” katanya. – Bernama, 27 Disember, 2023.

INI INDUSTRI

JUAL TAKUT

KAH KAH KAH

BILA TAKUT

MASUK PENJUAL

UBAT SELAMAT

KAH KAH KAH

KHALAS


Tiada ulasan: