Rabu, 27 Disember 2023

PINDA JANGAN TAK PINDA


Pinda perlembagaan rizab jawatan PM amat bahaya, kata Majlis Peguam


MAJLIS Peguam hari ini memberi amaran terhadap gesaan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memastikan hanya orang Melayu Islam boleh dilantik sebagai perdana menteri.

Presidennya, Karen Cheah berkata gesaan untuk meminda perlembagaan bagi membenarkan hanya seorang Melayu Islam menyandang peranan sebagai perdana menteri adalah bertentangan dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Ia juga memalukan terhadap pengasas Malaysia, katanya dalam satu kenyataan.

Cheap berkata langkah sedemikian hanya akan menghakis kepelbagaian budaya di Malaysia dengan menggantikan kaum lain sebagai “warga kelas kedua”, yang tidak layak untuk berkhidmat kepada negara.

“Kepelbagaian budaya di Malaysia bukan sahaja realiti sosial, tetapi realiti undang-undang, yang termaktub sebagai tunggak utama Perlembagaan Persekutuan kita.

“Ini adalah realiti yang menjadikan kita rakyat Malaysia, yang kita semua harus sentiasa berusaha untuk memperkukuh dan melindungi.

“Seruan sebegitu, jika tidak disekat, akan membawa negara kita terjebak ke lembah kehinaan dan jika dibiarkan ia akan menjurus ke arah dasar apartheid sepenuhnya,” katanya.

Cheap juga berkata cukup membingungkan apabila terdapat pendapat mengenai “pemahaman” kontrak sosial rakyat Malaysia di mana orang Melayu sahaja berhak memimpin dalam politik.

Beliau berkata Majlis Peguam percaya pandangan sempit sesetengah pihak adalah jauh bertentangan dengan prinsip diperjuangkan Malaysia untuk memelihara kedaulatan undang-undang.

“Kontrak sosial yang mengikat semua rakyat Malaysia ialah pengiktirafan bahawa semua rakyat adalah sama di bawah undang-undang — tanpa mengira bangsa, agama, keturunan, tempat lahir atau jantina.

“Ini berdasarkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, sebagai salah satu hak kebebasan asasi, yang mempunyai tempat istimewa sebagai tunggak utama dan membentuk struktur asas perlembagaan kita.” – 27 Januari, 2023.

CINA MAHU

PINDA PBT

AMIN

UNTUK PASTKAN

BANDAR MILIK

CINA

AMIN

CINA MAHU

PINDA SEMPADAN

AMIN

UNTUK PASTIKAN 

CINA TERUS

BERKUASA

AMIN

MELAYU MAHU

PM TERUS MELAYU

APA SALAHNYA ?

AMIN

INI ASAL NEGARA

TANAH MELAYU

AMIN 

YANG KENA TIPU

 MAK CIK FELDA

 AMIN 

YANG UNTUNG

MASIH CUKONG

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

abuqassim berkata...

Jang ooi..
Ni bkn persekutuan tanah melayu..
Ni malaysia...
Ado sabah sarawak...
Nnti org sabah sarawak mrajuk kn susah...
Atap konkrit bkn jo bulih tobuk tp abih dipocahkn..
KAH KAH KAH