Isnin, 11 Disember 2023

KENYATAAN JUJUR




Akar umbi Amanah, BN masih belum serasi
IPOH – Ahli Parti Amanah Negara (Amanah) dan Barisan Nasional (BN) khususnya di peringkat akar umbi dilihat masih ‘malu-malu kucing’ kerana masih belum dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain.

Naib Presiden Amanah,  Mujahid Yusof Rawa berkata, walaupun kedua-dua parti sudah menjalinkan kerjasama di bawah Kerajaan Perpaduan selama setahun namun keserasian di peringkat akar umbi tidak seperti hubungan baik yang terjalin di peringkat atasan.


“Memang terdapat sedikit jurang dilihat di peringkat akar umbi namun kita di peringkat atasan mempunyai hubungan baik.

“Jadi, kita perlu beri ruang dan masa (peringkat kar umbi) supaya mereka mendapat keserasian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian Konvensyen Amanah Perak Kali Kelapan di hotel Tower Regency di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Amanah Perak,  Asmuni Awi; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang; Bendahari DAP Perak, Howard Lee Chuan How dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Aminuddin Md Hanafiah.

Sementara itu, Mujahid berkata, satu konvensyen akan diadakan pada 28 Disember ini melibatkan keseluruhan jentera Kerajaan Perpaduan namun lokasinya masih belum ditetapkan.

“Majlis konvensyen itu akan diadakan pada 28 Disember ini bersama seluruh jentera perpaduan, BN, PH dan ia akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat,” ujar Pengerusi PH Perak. –

WOIT

PAYAH SUSAH

SULIT UNTUK

SOSOK JUJUR

BERSAMA SEKATIL

DENGAN PENYAMUN

KAH KAH KAH

KEPALA RASUAH

MASIH JADI 

KEPALA NEGARA

AMIN

MAIN BONTOT

BOLEH DITERIMA

TAPI MENCURI

DUIT RAKYAT 

SUSAH DI TERIMA

AMIN

KHALAS






JANJI 

Tiada ulasan: