Ahad, 24 Disember 2023

PAS BERSEDIA NAK JADI KERAJAAN



PAS ucap Selamat Hari Krismas

PAS mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara yang menyambut perayaann itu sesok.

Setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan hari ini berkata parti Islam itu berharap sambutan Krismas tahun ini disambut dalam suasana yang selamat dan harmoni.

“Kepelbagaian perayaan serta acara sambutan, sama ada berasaskan agama atau budaya, yang berjalan secara harmoni dan meriah dalam kalangan pelbagai kelompok rakyat di negara ini adalah manifestasi keunggulan sikap lunak, bertoleransi dan saling menghormati sesama kita yang kukuh terjalin sejak sekian lama.

“Justeru, ia bukan sahaja perlu dipertahankan daripada kecenderungan- kecenderungan yang boleh melemahkan keunggulan sikap itu, malah perlu terus disuburkan atas kesedaran bahawa kepelbagaian yang wujud merupakan khazanah berharga masyarakat Malaysia yang menambah nilai kepada mutu kehidupan bersama kita,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata sebagai sebuah parti Islam, PAS sentiasa meraikan dan terbuka kepada kepelbagaian.

“Bukan sahaja sebagai ciri istimewa masyarakat kita, tetapi juga sebagai teras ajaran Islam itu sendiri yang menerima realitinya dalam ikatan keluarga besar kemanusiaan yang meliputi semua orang dan kelompok ras, budaya mahu pun agama secara sah dan terhormat.”

Hari Krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian. – 24 Disember, 2023.

 KO

MUSTAHIL PARTI

MELAYU TERBESAR

TAK TAHU

25 DISEMBER

HARI MAULUD 

NABI ISA

AMIN

JIKA PAS KURANG

TALIBAN PRU16

MILIK PAS

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS merupakan salah sebuah parti komponen dalam Perikatan Nasional bermula 2020. Parti ini merupakan parti terbesar di Dewan Rakyat, dengan menguasai 42 kerusi, diikuti oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP).