Khamis, 11 Januari 2024

DAIM KELUARGA YANG KAYA ?



SPRM sahkan soal siasat keluarga Daim

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berkata mereka memanggil isteri Daim Zainuddin, Na’imah Abdul Khalid dan dua anak lelaki - Muhammad Amin Zainuddin dan Muhammad Amir Zainuddin bagi membantu siasatan berkaitan bekas Menteri Kewangan dan ahli perniagaan itu.

Mereka disoal siasat di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

“Mereka dipanggil untuk memberi kenyataan bagi memastikan nilai beberapa aset bernilai tinggi dalam dan luar negara yang dipegang di bawah syarikat milik mereka berhubung siasatan terhadap bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.

“Satu notis disampaikan kepada Daim di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 pada 7 Jun 2023 manakala ahli keluarganya diserahkan notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

“Seperti yang dinyatakan dalam Siaran Akhbar SPRM bertarikh 30 Disember 2024, siasatan bermula pada Februari tahun lepas berdasarkan maklumat daripada Kertas Pandora,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu peguam Rajesh Nagarajan yang bertindak untuk keluarga itu menyelar tindakan SPRM dan berkata ia umpama “ekspedisi memancing ikan yang besar”.

Beliau berkata mereka dipanggil untuk disoal siasat pada 10.30 pagi dan keluar dari ibu pejabat SPRM di sini sembilan jam kemudian.

“Keseluruhan proses soal-siasat umpama satu ekspedisi memancing ikan yang besar. Mereka memancing ikan untuk cuba mencari maklumat bagi mendakwa Daim,” katanya.

“Anda tidak mendedahkan apa kesalahannya. Ini bertentangan dengan keadilan semula jadi,” katanya.

SPRM juga mendedahkan mereka merekodkan kenyataan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob untuk membantu siasatan berhubung penggunaan dana RM700 juta yang dibelanjakan untuk publisiti dan promosi semasa pentadbiran terdahulu hari ini. – 10 Januari, 2024.

SILA TANYA

ANAK DAIM

MACAM MANA

AYAH JADI KAYA

KAH KAH KAH

TANYA ANAK

NAJIB

MAACM MANA

EMAK JADI KAYA

OPPS... SILAP

MACAM MANA

EMAK JADI GEMOK

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: