Khamis, 11 Januari 2024

MAIL BERA DIPANGGIL SPRM

 

SPRM panggil 

Ismail Sabri


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah memanggil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Badan itu dalam satu kenyataan berkata, siasatan berkaitan dana RM700 juta untuk  tujuan promosi dan publisiti.

“SPRM juga ingin memaklumkan telah merakamkan keterangan bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bagi membantu siasatan berhubung penggunaan dana RM700 juta yang dibelanjakan untuk tujuan publisiti dan promosi semasa pentadbiran kerajaan terdahulu,” kata SPRM dalam kenyataan satu muka surat.

Difahamkan, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera diambil keterangan di sekitar ibu negara kira-kira 10 pagi tadi.

SPRM juga sudah merakam keterangan beberapa individu termasuk pembantu peribadi kepada Ismail Sabri.

Siasatan berkenaan dilakukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Akta SPRM 2009.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan akan memanggil seorang bekas perdana menteri untuk memberi keterangan berhubung perbelanjaan dana RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti dalam minggu ini atau selewat-lewatnya minggu depan.

Turut akan dipanggil, pegawai di pejabat bekas Perdana Menteri berkenaan yang terbabit dengan perbelanjaan dana.

Media sebelum ini melaporkan Kerajaan Persekutuan membelanjakan hingga RM700 juta untuk pengiklanan, promosi dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2022.


WOIT

KESIAN PAK LOMG

 MAIL BERA

KAH KAH KAH

PAK LONG KENA

TEKAN JANGAN

CUBA GULING

KERAJAAN

AMIN

BAGI MAIL BERA

UNDUR DIRI

DARI PROJEK

TUMBANG ANWAR

KAH KAH KAH

BAGI PAK LONG

TAKUT DENGAN

KES RASUAH

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: