JENAYAH
30 JANUARI 2024
HEBOH HEBOH
HAL POLIS BERI SAMAN
DARI 300 RINGGIT KALAU PERGI BALAI
JADI 100 RINGGIT KALAU BAYAR
DI TEMPAT KEJADIAN
TAK JELAS BAYAR 100
UNTUK SAMAN
ATAU DUIT POKET
PADA POLIS
PELIK LAGI PELIK
CAMERA DARI ARAH LUAR
ERTINYA ADA ORANG KE TIGA
ATAU INI DI PENTASKAN
UNTUK BUAT CERITA TIK TOK
JENG JENG JENG
KES SALAH PERANGAI POLIS
MAKIN BANYAK
DULU HANYA AMBIL DUIT KOPI
SEKARANG DAH LEBIH
ADA KES ROGOL
ADA KES CURI
ADA KES KELEPET DUIT KEDAI BANGLA
SEMASA BUAT OPERASI
APA DAH JADI
DENGAN PDRM KITA ?
JENG JENG JENG
AMERIKA
KES 3 SOLDADU MAUT
KENA BEDIL DI JORDAN
BERPULUH CEDERA
HANGAT DIBINCANG
MENTERI PERTAHANAN NAK BALAS
KAH KAH KAH
BETUL KE ATAU TEATER
NAK SEDAPKAN TELINGA RAKYAT
KAH KAH KAH
PILIPINA
GADUH BESAR ANTARA
PRESIDEN SEKARANG
DENGAN PRESIDEN LAMA
DUTERTE TUDUH PRESIDEN MARCOS
KAKI DADAH
KAH KAH KAH
PARIS
ANTHONY BLINKEN
SU AMERIKA KATA
PELUANG BESAR UNTUK
BEBASKAN TAWANAN HAMAS
RUNDINGAN SEDANG BERJALAN
HOKKIEN
PAGI INI KERING SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU KELAM
GUA IKUT ARAH SUNGAI
DALAM SAWAH RUMPUT
GUA DENGAR CHIP CHIP CHIP
SUARA PIPIT TAPI TAK NAMPAK MUKA
SUARA HOW WOW
DENGAR SAYU
KICAU MURAI MENJADIKAN
PAGI INDAH
GUA YAKIN HARI INI AKAN PANAS
TANPA HUJAN PETANG
DAN MALAM BERANGIN SEJUK
WATAK HARI HARI SEBELUM
TAHUN BARU CHINA
AMIN
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SELASA
SEPERTI BIASA
BRO
WAKTU MALAM LU TELENTANG
ATAS PADANG RUMPUT
DAN MULA KIRA BINTANG
BRO
BILA LU ADA MASAALAH
LU KETAWA KAN DIRI LU
KERANA ORANG LAIN JUGA
SEDANG KETAWANKAN LU
BRO
KEJAYAAN LU TAK RAMAI
YANG TAHU
BILA LU GAGAL
SEMUA ORANG TAHU
BRO
BILA SEMUA SENANG
DAN LANCAR
AWAS
LU SEDANG MENURUN
KAH KAH KAH
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERSELASA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan