Selasa, 30 Januari 2024

SATU LAGI KEJAYAAN MANUSIA ?



Neuralink pasang cip buat pertama kali pada otak manusia


WASHINGTON: Pengasas Neuralink, Elon Musk, berkata syarikatnya buat pertama kali berjaya memasang cip pada otak manusia pada Ahad dan penerimanya beransur pulih dalam keadaan baik.

Bilionair itu memaparkan mesej berkenaan pada platform media sosial miliknya, X, memaklumkan mengenai kejayaan syarikat pemula cip otak itu memasang cip dinamakan 'Telepathy' pada otak manusia.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerka Syarikat (AS) memberi kebenaran kepada syarikat terbabit tahun lalu untuk menjalankan ujian klinikal pertama pada manusia.

"Keputusan awal menunjukkan perkembangan baik dan kemunculan pepaku neuron dikesan," kata Musk.

Usaha syarikat pemula itu, PRIME Study, adalah percubaan terhadap hubungan tanpa wayar antara komputer dan otak bagi menilai keselamatan pemasangan cip serta robot surgikal, menurut laporan di laman sesawang syarikat.

Kajian itu akan menilai keupayaan hubungan itu bagi membantu mangsa yang mengalami kecacatan atau lumpuh kesemua empat anggota badan untuk mengawal alat bantuan yang mereka gunakan menerusi fikiran masing-masing.

Syarikat neuroteknologi milik Musk itu ditubuhkan pada 2016 dengan matlamat mewujudkan hubungan langsung antara otak manusia dan komoputer.

Sasarannya ialah untuk menambah baik keupayaan manusia bagi merawat masalah neurologi seperti penyakit ALS atau Parkinson, dan pada suatu hari nanti, mewujudkan hubungan simbiotik antara manusia dan kecerdasan buatan (AI).

Sebahagian besar teknologi Neuralink beroperasi menerusi 'implan' atau pemasangan cip dipanggil 'Link', peranti yang saiznya sama seperti susunan lima duit syiling, diletakkan di dalam otak manusia menerusi pembedahan.

Sususlan berdepan beberapa kelewatan, Musk bekerjasama dengan pembuat implan dari Australia, Synchron.

Tidak seperti 'Link' yang dihasilkan Neuralink, implan milik Synchron tidak memerlukan pembedahan untuk memasangnya dan sudah pun mendapat kelulusan hak cipta AS pada Julai 2022. - AGENSI



WOIT

SATU LAGI

KEJAYAAN

 MANUSIA?

AMIN

KOMPUTER AI

ALGORITHM

BAWA MANUSIA

KE MANA ?

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: