Jumaat, 26 Januari 2024

MANGSA BANJIR MASIH RAMAI




3,323 mangsa banjir di empat negeri pagi ini

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 3,323 orang daripada 1,016 keluarga setakat enam pagi ini berbanding 3,128 orang daripada 958 keluarga di empat negeri malam tadi.

Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 1,760 orang daripada 498 keluarga berbanding 1,635 orang daripada 458 keluarga malam tadi.

Sebanyak 31 pusat penempatan sementara (PPS) beroperasi di Terengganu termasuk 15 di daerah Besut yang menempatkan 686 mangsa, Dungun (lima PPS, 576 mangsa), Hulu Terengganu (lima PPS, 316 mangsa) dan Setiu (enam PPS, 182 mangsa).

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Kelantan kekal 836 orang daripada 257 keluarga yang berada di 15 PPS termasuk Tanah Merah (tujuh PPS, 242 mangsa), Kuala Krai (lima PPS, 226 mangsa), Pasir Puteh (dua PPS, 350 mangsa) dan sebuah PPS di Machang menempatkan 18 mangsa.

Jumlah mangsa banjir di Pahang juga tidak berubah iaitu 836 orang daripada 257 keluarga sejak malam tadi yang berlindung di sebuah PPS di daerah Kuantan.

Dalam pada itu, tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai berada pada paras bahaya di Terengganu, Pahang, Johor, Kedah, Perlis, Selangor dan Sabah.



MANGSA BANJIR

MAKIN KURANG

TAPI

MASIH RAMAI

AMIN

PASCA BANJIR

BERSIH RUMAH

SATU BEBAN

AMIN

BERAT HATI

MEMBACA

BERAT LAGI 

TANGAN MEMBASUH

KHALAS

Tiada ulasan: