Jumaat, 26 Januari 2024

TABUR PASIR DALM PERIOK NASI PAK TANI



1.74 tan daun ketum cuba diseludup ke Thailand

PADANG TERAP: Sebanyak 1.74 tan daun ketum yang cuba diseludup ke Thailand berjaya digagalkan oleh Tentera Darat (TDM) di sempadan negara, Kuala Nerang di sini hari ini.

Markas Divisyen Kedua Infantri (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, rampasan dilakukan di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd) pada pukul 7.15 pagi tadi.

“Pasukan operasi yang sedang melaksanakan tugas rondaan berkenderaan menemukan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max V-Cross Space Cab yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan berdekatan sempadan Malaysia-Thailand.

“Hasil siasatan mendapati terdapat 116 bungkusan mengandungi daun ketum seberat 1.74 tan dianggarkan bernilai RM52,200 di dalam kenderaan tersebut,” katanya.

Menurutnya, kesemua bungkusan berisi daun ketum dan kenderaan berkenaan dengan anggaran nilai keseluruhan RM150,200.00 diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut.


“Pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan akan terus memastikan keselamatan sempadan terpelihara,” tambahnya. -UTUSAN

TOLONG JANGAN

TABUR PASIR

PADA PERIOK NASI

PAK TANI

AMIN

BEBASKAN KETUM

DARI AKTA

BAGINDA QUEEN

AMIN

SIAM EKSPOT

KETUM MALAYA

KE AMERIKA

AMIN

KETUM  BUKAN

BAHAN LARANGAN

DI AMERKA & EROPAH

AMIN

KENAPA KITA 

BODOH LARANG

DAN TANGKAP

PAK TANI KITA

AMIN

TANAM KETUM

LEBIH LUMAYAN

DARI PADI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: