Rabu, 31 Januari 2024

VAKSIN SATU KONSPIRASI ?



Penulis blog `Sang Kelembai’ didakwa buat hantaran jelik mengenai vaksin


KUALA LUMPUR:  Penulis blog ‘Sang Kelembai’,  Abd. Zarin Mohd. Yasin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran jelik mengenai urusan pembelian vaksin menerusi laman Facebook miliknya, empat tahun lalu.

Abd. Zarin, 72, selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik  dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menerusi Facebook menggunakan nama `Zaharin Mohamad Yasin’ pada 2.03 pagi, 21 Disember 2020.

Hantaran itu dibaca di Kementerian Kesihatan, Putrajaya pada pukul 3 petang, 22 Disember 2020.

Abd. Zarin didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas sabitan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal  memohon jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan OKS tidak membuat sebarang hantaran mengenai kes itu sepanjang prosiding berlangsung.

Peguam Abu Bakar Isa Ramat mewakili Abd. Zarin memohon jaminan rendah kerana OKS adalah pesara swasta dan pernah bekerja sebagai pengamal media serta seorang penulis menghidap penyakit kencing manis yang kronik dan darah tinggi.

Peguam berhujah, OKS mempunyai empat anak dengan seorang daripadanya masih belajar di universiti manakala isterinya yang  suri rumah akan menjadi penjamin dan menggunakan duit simpanan untuk membayar jaminan.

Hakim N. Priscilla Hemamalini membenarkan OKS diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes 26 Februari ini.- 
 

WOIT

APA YG DI TULIS?

APA YANG JELIK ?

AMIN

VAKSIN PFIZER

MEMANG SAH

 TAK MUJARAB

INI DIAKUI OLEH

CEO PFIZER SENDIRI

DI HADAPAN

 KONGRES AMERIKA

AMIN

RAMAI DOKTOR

& PAKAR PERUBATAN

TAK YAKIN AKAN

PERANAN VAKSIN INI

AMIN

TAK SALAH

MEMILIKI 

PANDANGAN

BERBEZA

AMIN

SANG KELEMBAI

KUTUK SAPA?

VAKSIN KE ?

KERAJAAN ?

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: