Rabu, 14 Februari 2024

APA MAKLUMAT SULIT POLIS ?



Ada pegawai, anggota bocorkan maklumat sulit di laman media sosial – Allaudeen
KUALA LUMPUR – Terdapat pegawai dan anggota polis mombocorkan maklumat sulit di laman media sosial, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner  Allaudeen Abdul Majid.

Beliau berkata, perbuatan tidak beretika itu merupakan masalah serius yang bukan sahaja mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM), malah ia boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara.

Katanya, prinsip kerahsiaan perlu dipatuhi selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang melarang penyebaran maklumat yang dikategorikan sebagai rahsia rasmi.

“Kepesatan perkembangan teknologi masa kini memberi peluang dan ruang kepada penyebaran maklumat ini secara berleluasa tanpa menganggap implikasi pendedahan mampu untuk membawa liabiliti jenayah di bawah akta ini.

“Justeru, beberapa bulan kebelakangan ini, tular beberapa kejadian yang memberi tamparan malah merosakkan imej dan nama pasukan membabitkan sebilangan pegawai PDRM yang telah hilang integritinya dalam menjalankan tugas sebagai pegawai sehingga menimbulkan satu tanggapan buruk terhadap PDRM bak kata pepatah ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’.

“Sikap integriti serta akauntabiliti antara prinsip yang perlu ada dalam setiap warga Polis Kuala Lumpur dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka,” katanya ketiak berucap pada Perhimpunan Bulanan Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Tambah beliau, pelaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan yang disertakan dengan amalan prinsip-prinsip integriti akan dapat memastikan segala tanggungjawab yang diberikan kepada masyarakat dapat dilaksanakan dengan baik.

Katanya, kegagalan dalam melaksanakan penyeliaan adalah antara penyebab kepada  salah laku. – 

APA MAKLUMAT

SULIT POLIS ?

AMIN

TOWKAY LENDIR

TOWKAY JUDI

TOWKAY DADAH

TAHU BILA POLIS

AKAN SERBU ?

JENG JENG JENG

INIKAH MAKLUMAT

SULIT ITU ?

JENG JENG JENG

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tokey lendir tokey jubo dah bole berniaga skg ni... Tak perlu istihar harta...