Rabu, 14 Februari 2024

USTAD ADA ALAT SULIT


Ebit Lew kirim gambar alat sulit lelaki pada 14 Mac 2021 – Pengadu

TENOM – Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Ebit Irawan Ibrahim Liew atau Ebit Lew, pertama kali mengirim gambar alat sulit lelaki kepadanya pada 4.30 petang, 14 Mac 2021 melalui aplikasi Whatsapp.

“Tetapi saya tidak sempat menyimpan tangkap layar (gambar dihantar menerusi aplikasi Whatsapp) kerana Ebit Lew telah memadam gambar tersebut,” katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad.

Wanita berusia 40an itu berkata demikian selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes, pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah tersebut.

Terdahulu wanita itu memberitahu mahkamah dalam perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bahawa beliau telah menghubungi Ebit Lew melalui aplikasi Instagram, bagi meminta nasihat berhubung masalah kekeluargaan pada 4 Mac 2021.

Saksi berkata, melalui aplikasi Instagram itu, Ebit Lew telah meminta nombor telefonnya pada tarikh yang sama dan sejak itu wanita tersebut sentiasa menerima panggilan dari tertuduh antara Mac hingga Jun 2021 melalui aplikasi Whatsapp.


Beliau berkata, Ebit Lew sekali lagi membuat panggilan video pada 29 Mac 2021 dan memperlihatkan alat sulitnya, dan ketika itu saksi sempat menangkap gambar untuk ditunjukkan kepada suaminya sebagai bukti, kerana suami saksi pada mulanya tidak percaya Ebit Lew berkelakuan seperti itu.

Wanita itu berkata, pada bulan Ramadan antara April dan Mei 2021, tertuduh juga memaksa saksi menjawab panggilan video dan memperlihatkan kemaluannya sehingga wanita itu menyekat nombor telefon Ebit Lew di aplikasi WhatsApp.

“Saya ada blok (sekat panggilan) pada awal April, tetapi Ebit Lew ada membuat panggilan dari Instagram saya, selepas itu saya unblock beliau di WhatsApp, tetapi Ebit Lew tetap (berkelakuan) sama,” katanya.

Saksi mendakwa tertuduh juga pernah meminta beliau melakukan perbuatan bertukar pasangan, yang mana saksi dan suaminya bertukar pasangan bersama tertuduh dan isterinya.

Beliau berkata pada 11 Julai 2021, dia sekali lagi telah menyekat nombor telefon Ebit Lew, apabila tertuduh memaksa pengadu menjawab panggilan video dan menghantar teks di aplikasi Whatsapp, selain memaksa tertuduh menghantar gambar dan memarahi saksi kerana tidak melayan kehendaknya.

Pada 29 Julai 2021, saksi menghubungi Ebit Lew apabila tersebar beberapa gambar mengaitkan tertuduh dengan kes gangguan seksual, yang mana beliau mengakui ada laporan dibuat terhadapnya, sebelum saksi memutuskan untuk membuat laporan polis.

Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu, membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung petang ini. – Bernama




INI CONTOH

PENDAKWAH ISLAM

KERAS PELIR

KAH KAH  KAH

ALAT SULIT

INI APA?

SUMPIT KE ?

AMIN

KENAPA AGAMAWAN

SUKA TUNJUK

KOTE ?

ADAKAH INI

SUNNAH

AMIN

NAK TAHU

KEMALUAN EBIT

KULUP LAGI KE?

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

panglimo mano panglimo.. ? dulu solalu puji TaT ni sebob dia cino.. kah kah kah