UMNO sedih, keadilan untuk Najib akan diteruskan – MKT
KUALA LUMPUR – UMNO tidak akan berputus asa untuk mendapatkan keadilan dan pembelaan terhadap Najib Razak, selaras dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sebelum ini.
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, ini kerana proses perbicaraan kes rasuah ke atas bekas perdana mMenteri itu tidak dijalankan dengan seadilnya.
“UMNO ingin menegaskan, pembelaan terhadap Najib dibuat kerana merasakan beliau tidak mendapat keadilan seawal proses perbicaraan.
“UMNO akan tetap meneruskan usaha-usaha mendapatkan pembelaan terhadap bekas Presiden parti sesuai dengan laras undang-undang negara.
“UMNO juga berpegang kepada keputusan PAU2023 yang mahukan usaha pembelaan Datuk Seri Najib diteruskan,” katanya MKT UMNO dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Khas MKT hampir empat jam di Menara Dato’ Onn, di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan