Jumaat, 15 Mac 2024

ANGKAT SENJATA DAN LAWAN


Palestin kecam Israel pasang penghadang besi 3 pintu ke Masjid al-Aqsa

RAMALLAH – Palestin mengecam tindakan Israel yang memasang penghadang besi di tiga pintu masuk menuju ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur.

Kementeria Luar Palestin dalam kenyataan berkata, tindakan Israel itu adalah percubaan untuk mengubah realiti sejarah, undang-undang dan politik masjid ketiga suci umat Islam.

Pemasangan penghadang besi itu adalah pelanggaran secara terang-terangan undang-undang antarabangsa dan kewajipan Israel sebagai kuasa pendudukan terhadap tempat ibadat.

Kementerian itu menggesa campur tangan antarabangsa untuk menghentikan pelanggaran Israel ke atas Baitulmaqdis dan kesucian Kristian dan Islam

Pihak berkuasa Israel mempertahankan tindakan itu dengan menyatakan pemasangan itu sebagai bantuan kepada anggotanya di pintu masuk menuju ke Masjid al-Aqsa dan menafikan ia sebagai halangan terhadap jemaah.

Tindakan itu adalah langkah terbaharu dalam siri penindasan Israel terhadap penduduk Palestin.

Negara zionis itu telah menyerang Gaza sejak Oktober tahun lalu dan telah membunuh lebih 31,000 orang dan memusnahkan secara total rumah, hospital dan bangunan.

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur iaitu kawasan terletaknya Masjid Al-Aqsa semasa Perang Arab-Israel 1967. Ia menggabungkan seluruh bandar pada tahun 1980 dalam satu langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. – Agensi


MASANYA

DAH SAMPAI

UNTUK WARGA

TEBING BARAT

ANGKAT SENJATA

DAN LAWAN

AMIN

CAKAP BANYAK

TAK BERGUNA

KHALAS

Tiada ulasan: