Jumaat, 15 Mac 2024

BELUM KENAL APA ITU BRICKFEILD




Cameron Highlands

 bandar paling 

bahagia di Malaysia
PUTRAJAYA – Pusat peranginan tanah tinggi, Cameron Highlands di Pahang dinobatkan antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2024.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang mengumumkan perkara itu sempena sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024, di sini hari ini berkata, Cameron Highlands dipilih berdasarkan garis panduan ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pemilihan itu dibuat hasil persepsi dan perasaan penduduk di tanah tinggi itu bukannya dinilai oleh persepsi pihak ketiga.

“Tapi bagi saya yang penting perasaan penduduk sendiri di mana mereka rasa gembira tinggal di sana, selain beberapa faktor lain.

“Dari segi persepsi mungkin ada isu alam sekitar, penerokaan dan lain-lain namun, mungkin penduduk di sana rasa syok menetap di situ dengan cuaca sejuk sekali gus membuat mereka gembira.

“Dari segi pendapatan pula, ada ramai golongan T20 dan M40 di sana jadi, tahap pendapatan mereka juga boleh buat mereka rasa gembira dan bahagia,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan tahun 2024, di sini hari ini.

Bandar-bandar lain dalam kategori sama termasuk Jeli, Kelantan; Jerantut, Pahang; Kuala Terengganu, Terengganu; Kulai, Johor; Lenggong, Perak; Bandaraya Melaka Bersejarah, Melaka; Petaling Jaya, Selangor; Port Dickson, Negeri Sembilan dan Rompin, Pahang.

Dalam pada itu, lima bandar diletakkan bawah kategori bandar keluarga bahagia termasuk Bandar Keluarga Bahagia Kota Marudu, Sabah; Bandar Keluarga Bahagia Kuala Langat, Selangor; Bandaraya Komuniti Bahagia Subang Jaya, Selangor; Bandar Komunti Bahagia Tampin, Negeri Sembilan dan Bandaraya Bahagia Mesra Usia Ipoh, Perak.

Kor Ming berkata, antara penyumbang utama tahap kebahagiaan dan kesejahteraan penduduk adalah kualiti perkhidmatan yang diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti penjagaan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah berkesan.

WOIT

MEREKA BELUM

KENAL APA

ITU BRICKFEILD

KAH KAH KAH

AMIN 

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada apa kat padang bata ?

Tanpa Nama berkata...

Bahagia Tu apa? Kak lah kah

Tanpa Nama berkata...

Nak jalan cameron dah stress..balik lagi stress...i cadangkan health center mana mana hotel 4/5 bintang paling bahagia...nga boleh nga nga la...toya ..lagu nie nak pimpin negara konon..phuoiii