Sabtu, 2 Mac 2024

APA KATA KU LI TENTANG RINGGIT


“Masa itu, ringgit lebih laku daripada dolar Singapura

PULAU PINANG – Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata,  semasa beliau menjadi Menteri Kewangan, mata wang ringgit adalah lebih bernilai berbanding dolar Singapura.

Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak berniat untuk merendah-rendahkan dolar Singapura, tetapi sekadar mahu menggambarkan betapa kukuhnya ekonomi negara pada masa itu.

“Beberapa hari sebelumnya RM4.78 untuk satu dolar Amerika dan RM3.53 untuk satu dolar Singapura. Dulu, 87 sen boleh tukar satu dolar Singapura.

“Dulu kami yang pergi membeli-belah di Singapura tetapi sekarang orang Singapura yang membeli-belah di sini, malahan membeli hartanah di sini.

“Kerana buat orang Singapura, harga barang dan harga rumah di Malaysia adalah sangat murah,” katanya semasa menerima wawancara Kwong Wah Yit Poh di Pulau Pinang.

Tengku Razaleigh berkata, Kerajaan Perpaduan telah dibentuk selama lebih setahun, tetapi keadaan ekonomi tidak bertambah baik.

“Ada yang bersusah-payah mahu menjadi Perdana Menteri dan menteri serta berjanji akan menambah baik keadaan ekonomi negara.

“Sekarang cita-cita (menteri) telah tercapai, tetapi ekonomi negara tidak maju ke depan, harga barang naik dan ringgit jatuh mendadak,” katanya.

Beliau berkata, Perdana Menteri perlu memberi penjelasan kepada rakyat yang telah menderita selama setahun.

Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata, jika mempunyai idea dan cara yang baik, keadaan ekonomi negara boleh dipulihkan dalam setahun.

“Bagi saya, jika ada idea yang baik dan boleh dilaksanakan secara berkesan, maka hasilnya boleh kelihatan dalam tempoh setahun.

“Kalau tidak tahu caranya, boleh dapat tunjuk ajar daripada pakar ekonomi dan badan pemikir dari seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendapat bahawa kerajaan tidak boleh memulihkan ekonomi dalam tempoh setahun dua selepas mengambil alih pentadbiran.

Tengku Razaleigh juga berpendapat kerajaan harus mengurangkan import makanan dan mengalakkan pengeluaran oleh petani tempatan kerana jumlah wang yang banyak telah digunakan untuk mengimport makanan. – MalaysiaGazette

BILA SURAT

KHABAR CHINA

CARI PANDANGAN

KU LI INI

BESAR MAKNA

AMIN

INI TANDA PENIAGA

CHINA DAH MULA

RISAU 

AMIN 

BILA SURAT

KHABAR MELAYU

NAK TANYA 

PANDANGAN KU LI?

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: