Sabtu, 2 Mac 2024

HIMPUNAN MEGA


HIMPUNAN MEGA

SABTU 2 MAC 2024
HARI INI 
HARI HIMPUNAN MEGA
JAM 10 ABANG MOTOR BESAR
RONDA KL

JAM 2 PETANG  PENDEMO
MULA BERHIMPUN
DI BANGUNAN TABUNG HAJI
KEMUDIAN BERARAK KE HADAPAN
KEDUTAAN AMERIKA

PUSING KEMBALI KE KLCC
MASUK JALAN AMPANG
MASUK JALAN SULTAN ISMAIL
MASUK JALAN TAR
LALU DEPAN SOGO
MENUJU DATARAN MERDEKA

BERAKHIR DI PADANG MERBUK
MALAM TADI GUA DI PADANG MERBOK
PADANG INI BERPAGAR & BERKUNCI
TAPI KAMI ADA KEBENARAN
KAMI MEMASANG BENDERA
UNTUK PETANG INI

PENTAS DAN ALATAN PEMBESAR SUARA
SAMPAI PAGI INI
RAMAI JUGA ANAK MUDA
DATANG MEMBANTU
INI PETANDA BAIK
BUDAYA JALAN RAYA
PASTI ADA PENYAMBUNG

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
ADA LOPAK AIR SANA SINI
ADA PERCUBAAN HUJAN KELMARIN

MATAHARI REDUP
GUA GUMBIRA KALAU REDUP
SEPANJANG HARI
KERANA
KAMI AKAN BERJALAN
7 KILOMETER PETANG INI

HA HA HA
GUA DENGAR
JANTAN MUDA BARU BELAJAR
NAK BERKOKOK
SUARA TAK MERDU
YANG LAIN GUA TAK DENGAR

GUA YAKIN HARI INI
AKAN PANAS
JIKA BERANGIN DAN HUJAN TURUN
PETANDA BAIK
UNTUK  HIMPUNAN MEGA

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SABTU
DENGAN SENYUMAN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERDEMO


 

Tiada ulasan: