Rabu, 27 Mac 2024

BUKAN 3R TAPI 4R


Akta Hasutan perlu kekal untuk kekang provokasi 3R

AKHBAR ini semalam melaporkan Kabinet telah memberi persetujuan untuk memulakan proses meminda Akta Hasutan 1948 bagi mengekang provokasi terhadap isu kaum, agama dan raja (3R).

Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau telah diberi ‘lampu hijau’ oleh Kabinet untuk memulakan proses itu dua minggu lepas.

Beliau turut menegaskan bahawa pendirian kerajaan adalah Akta Hasutan harus digunakan terhadap kes provokasi membabitkan agama dan raja, bukannya untuk politik.

Pengumuman itu bukanlah satu yang mengejutkan - walaupun  Anwar Ibrahim pernah berjanji memansuhkan akta itu ketika menjadi pembangkang - kerana ia masih relevan untuk dikekalkan berdasarkan situasi sekarang.

Walaupun kerajaan pada 2019 seolah-oleh bersetuju supaya akta itu digantikan dengan akta lain dalam kanun keseksaan tetapi tidak berjaya dilaksanakan atas sebab tertentu.

Pada tahun 2020, kerajaan telah mengambil keputusan tidak akan memansuhkan akta tersebut selepas mengambil kira struktur masyarakat terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa di negara ini.

Menteri Dalam Negeri ketika itu, Hamzah Zainuddin berkata, tindakan itu dikhuatiri boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam susulan tindakan mana-mana pihak menyebarkan maklumat atau berita berunsur hasutan melalui media sosial secara tidak bertanggungjawab.

Penambahbaikan akta yang dikatakan diwarisi daripada penjajah ini sangat perlu bagi menangani tindakan boleh menjejaskan kedaulatan raja-raja Melayu, mencemar nama baik Islam atau mencetuskan perselisihan antara kaum.

Lupakan janji Anwar untuk memansuhkan akta tersebut apabila menjadi Perdana Menteri kerana sekarang bukanlah masa yang sesuai.

Kebelakangan ini keadaan menjadi lebih buruk. Ada pihak tertentu yang bukan sahaja mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu, mempertikaikan institusi raja Melayu, malah sampai menghina ALLAH, Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

BUKAN 3R

TAPI 4R

AMIN

R LAGI SATU

IALAH RINGGIT

KAH KAH KAH

LARANG BINCANG

HAL RINGGIT

KAH KAH KAH

REST MI CASE

MI  LORD

KHALAS

Tiada ulasan: