Suspek ugut Dr Akmal ditembak mati ditahan polis
MELAKA – Polis menahan seorang lelaki yang mengeluarkan kata-kata ugutan bahawa Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh akan dibunuh kerana kelantangannya dalam isu KK Mart berkaitan stoking kalimah Allah baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 68 tahun itu ditahan di sekitar kawasan Kandang petang tadi selepas menerima laporan polis daripada pengadu.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang 20 Mac lalu apabila pengadu yang juga pesara kerajaan berusia 62 tahun terdengar suspek iaitu pemilik bengkel kereta di Bukit Duyong meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Dr Akmal berhubung isu KK Mart.
“Suspek telah memberitahu ‘Ketua Pemuda UMNO Malaysia (Dr. Akmal Salleh) banyak lebih-lebih dalam isu KK Mart, satu hari dia pasti kena tembak kasi mati’.
“Pengadu hanya berdiam diri dan tidak melayan lelaki itu sebelum membuat laporan polis pagi tadi kerana tidak berpuas hati dengan kata-kata ugutannya dan bimbang keselamatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu,” katanya.
Mengulas lanjut Christopher berkata, hasil siasatan mendapati, tempat kejadian merupakan sebuah pondok yang didirikan untuk menjalankan kerja-kerja membaiki kereta secara bersendirian bersebelahan rumah suspek.
2 ulasan:
Drama akan bersambung tak lagi? Sejak pemerintahan madani ini semua jadi isu, kantin buka berpuasa, pakai baju melayu, tidak pakai stokin, tidak pakai tali leher, pakai songkok, minyak tidak turun, rasuah terus banteras, penjawat awam tidak sokong, duit raya tidak bagi, beras hilang, bawang kurang, kentang tak masuk apa lagi? Ayam hilang telur hilang semuanya hilang duit RM jatuh meneruskan agenda perjuangan kah kah kah siapa punya kerja adakah daulah terpendam atau daulah terbuka? Siapa kerja nak jatuhkan maruah siapa terjejas takut kes mahkamah atau kluster mahkamah siapa ada motif siapa akan Cui Bono? Banyak persoalan dari jawapan di media sosial, siapa bekerja belakang tirai mengatur langkah semuanya kah kah kah
Nampak gaya kerja disambung kartel kartel yang tidak lagi pegang projek komisen imbuhan sumbangan daripada cukong, cukong telah berubah sembahyang kepada Tokong DAP, tokong yang dilihat boleh melancarkan operasi, kerjasama yang erat, tokong diketuai Guan Eng tokong terbesar sekarang kah kah kah, cukong tidak lagi menghantar ufti kepada Tuhan lama kerana sudah hilang kuasa kepercayaan kena cari Tuhan baru tapi siapa akan jadi Tuhan baru nanti? Inilah kerja kerja daulah yang sedang berjalan kah kah kah
Catat Ulasan