Isnin, 4 Mac 2024

CUKAI NAIK 8 %


SST 8% : Tiada barang disorok, kenaikan harga berlaku

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang tidak menerima sebarang aduan mengenai kenaikan harga barang atau ketidakberadaan barangan ke atas sektor yang tidak terlibat dengan kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkuatkuasa 1 Mac lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, S.Jegan berkata, ia berdasarkan pemeriksaan dan pemantauan menerusi Ops Kesan yang dijalankan pihaknya sejak empat hari lalu di negeri ini.

Jelas beliau, semua pihak juga perlu tahu sektor apa yang tidak terlibat dengan kenaikan dua peratus SST seperti makanan dan minuman.

“Meskipun tiada aduan atau peniaga dikesan menaikkan harga susulan kenaikan dua peratus SST namun saya nak ingatkan peniaga yang tidak terlibat dalam sektor terbabit agar jangan sesekali mengambil kesempatan menaikkan harga barangan bagi mengaut keuntungan.

“Ini kerana peniaga boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 sekiranya dikesan menaikkan harga sesuka hati.

“Malah, AKHAP juga memperuntukkan peniaga tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan sekiranya perubahan harga yang dibuat menunjukkan kenaikan yang terlalu tinggi, mendadak dan mengambil untung secara tidak munasabah atau berlebihan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Jualan Ihsan Rahmah ‘Kembali Ke Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang di AEON Big di Seberang Jaya di sini, hari ini.

Tambah Jegan, pengguna yang berdepan salah laku peniaga termasuk yang cuba mengambil keuntungan berlebihan dan mencatut, diminta mengemukakan aduan kepada saluran aduan rasmi kementerian bagi membolehkan siasatan dilakukan serta tindakan lanjut diambil.

Media sebelum ini melaporkan SST naik kepada lapan peratus, berbanding enam peratus sebelum ini berkuat kuasa pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, kadar baharu ini tidak merangkumi perkhidmatan untuk makanan dan minuman, telekomunikasi dan tempat letak kereta. – 

CUKAI

KHIDMAT JUALAN 

NAIK 8 PERATUS

AMIN

HARGA BARANG

NAIK RATUS RATUS

JENG JENG JENG

DUIT LAGI MURAH

HIDUP LAGI PARAH

AMIN

YANG KAYA

HIDUP INDAH

YANG MISKIN

MAKAN MUNTAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: