Isnin, 4 Mac 2024

TAK PERLU REKRUT ALLAH


Pindaan perlembagaan Bersatu balasan Allah – Zahid


BAGAN DATUK – Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan Parti Pribumi Malaysia (Bersatu) yang meminda perlembagaan parti itu semalam sebagai balasan daripada Allah.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, ini kerana Setiausaha Agung Bersatu,  Hamzah Zainuddin sebelum ini bertindak membawa ahli-ahli Parlimen UMNO untuk menyertai parti tersebut.

“Saya fikir pindaan yang dibuat oleh parti berkenaan adalah balasan daripada Allah kerana dahulu Setiusaha Agungnya telah membawa Ahli Parlimen UMNO untuk menyertai parti berkenaan.

“Kini, tanpa sebarang usaha pun daripada pihak UMNO dan BN, kita lihat enam orang daripadanya telah bersama menyokong  Anwar Ibrahim,” katanya.

Tambah Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, meskipun Bersatu berusaha memastikan ahli Parlimen daripada partinya yang menyokong Anwar mengosongkan kerusi ia dilihat tidak mungkin berlaku.

“Biar pun mereka berusaha agar ahli Parlimen daripada partinya untuk mengosongkan kerusi tetapi sudah tentunya pengosongan kerusi ini tidak boleh berlaku kerana ia masih tertakluk kepada peraturan Parlimen Sendiri dan juga Perlembagaan Negara kita.

“Kerusi-kerusi itu adalah yang dahulunya dipegang oleh UMNO jadi kita akan mengadakan perundingan dengan kepemimpinan Kerajaan Perpaduan untuk menentukan jika ada pengosongan kerusi terbabit,” katanya.

Presiden Bersatu,  Muhyiddin Yassin dalam Mesyuarat Agung Khas parti itu semalam memaklumkan pindaan Perkara 10 Perlembagaan Bersatu membolehkan enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Anwar diarahkan untuk mengosongkan kerusi mereka.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, Hamzah Zainuddin akan menghantar surat kepada enam wakil rakyat terbabit untuk mendapatkan pengesahan sama ada mereka masih kekal dengan keputusan menyokong Perdana Menteri.

Untuk rekod, enam Ahli Parlimen tersebut ialah  Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang),  Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan). –

     
          

WOIT

TAK PERLU 

REKRUT ALLAH

AMIN

ALLAH ADA

PROJEK UNTUK

UMAT MANUSIA

ALAM SEMESTA

AMIN

BUKAN UNTUK

PARTI BERSATU

AMIN

LU DAPAT DNAA

BUKAN KERANA

ALLAH

AMIN

LU DAPAT DNAA

KES RASUAH

KERANA ANWAR

NAK JADI PM

KHALAS

Tiada ulasan: