CUKAI
KHAMIS 7 MAC 2024
BULAN PUASA NAK SAMPAI
KITA DAPAT CUKAI BARU
CUKAI JUALAN & KHIDMAT
NAIK DARI 6% JADI 8%
APA BARANG KENA CUKAI
GUA TAK JELAS SANGAT
DARI MENTERI GUA DENGAR
BAHAN MAKANAN TAK DICUKAI
HAMDU LIL
TAPI LETERIK UNTUK KILANG
CUKAI NAIK
JIKA CUKAI KILANG NAIK
MAKA ROTI AKAN NAIK
TEPUNG AKAN NAIK
MINYAK AKAN NAIK
LETERIK ADALAH PENGHULU
SEMUA PERKARA
JENG JENG JENG
APA PUN KITA TUNGGU
AKHIR BULAN
BIL TALIPON NAIK TAK?
JENG JENG JENG
AMERIKA
NIKKI HALEY UNDUR DARI
DARI PENCALONAN PARTI REPUBLIKAN
MAKA TINGGAL TRUMP
MAKA JELAS CALON REPUBLIKAN
2024 IALAH DONALD TRUMP
UKRAINE
PELURU BERPANDU MELEDAK
TAK JAUH DARI TEMPAT
PRESIDEN ZALENSKY
YANG SEDANG BERSAMA PM GREEK
HAITI
PRESIDEN HAITI
YANG TAK DAPAT BERLABUH
DI NEGERI SENDIRI
DI BERI AMARAN OLEH SAMSENG
LETAK JAWATAN
ATAU PERANG BERMULA
HOKKIEN
PAGI INI SEGAR CERAH
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH
CAHAYA MATA HARI
MEMANAS MUKA
BUNGA CHEMPAKA
MERAH DAN PUTIH
SEGAR BUGAR
MENYAMBUT MATAHARI PAGI
TUK TUK TUK
BERLAGU DALAM HUTAN
WARGA ASAL
MENYALAK MARAH
KELMARIN ADA RINTIK RINTIK
MACAM NAK UJAN
GURUH DISANA SINI
TAPI HOKKIEN TAK HUJAN
HARI INI
PASTI PANAS
JIKA PETANG BERANGIN
MALAM MENJADI SANTAI
BRO
SENYUM
SAMBUT KHAMIS
DENGAN SENYUMAN
BRO
LEBIH BAIK SEORANG DIRI
DARI BERSAMA
KUMPULAN BELOT
BRO
BAGI TAHU KAWAN LU
SATU MAKLUMAT PALSU
JIKA DIA TAK CERITA PADA ORANG
BARU LU BERI MAKLUMAT
RAHSIA
BRO
BILA LU NAK NYEBERANG
ANAK SUNGAI
PILIH LALUAN YANG CETEK
BRO
JANGAN LUPA
SEBELUM BUKA MULUT
PIKIR DULU
BRO
TUTUP MULUT
TAPI BUKA TELINGA
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKHAMIS
1 ulasan:
UKRAINE
PELURU BERPANDU MELEDAK
TAK JAUH DARI TEMPAT
PRESIDEN ZALENSKY
Bagus
itu untuk beri kesedaran yang nyawa beliau di hujung tanduk
samada mahu berdamai atau esok lusa peluru berpandu meletup
betul2 di atas kepalanya
Catat Ulasan