Selasa, 26 Mac 2024

GENCATAN SENJATA DI GAZA ?


Majlis Keselamatan PBB lulus resolusi gencatan senjata di Gaza, AS berkecuali

NEW YORK – Buat pertama kali selepas perang berlarutan hampir enam bulan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan gencatan senjata di Gaza.

Pengundian kali ini memperlihatkan Amerika Syarikat mengambil tindakan berkecuali dan tidak menggunakan kuasa vetonya bagi menggagalkan gencatan senjata seperti tiga kali dilakukan sebelum ini.

Resolusi yang dicadangkan oleh wakil Mozambique telah diluluskan oleh 14 negara ahli yang memperlihatkan Rusia cuba meminda teks dengan mengembalikannya kepada draf terdahulu yang mengandungi perkataan “kekal” tetapi bidaan itu gagal.

Resolusi itu menuntut gencatan senjata segera untuk bulan Ramadan dan menuntut pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan yang ditahan oleh kumpulan Hamas di Gaza.

Resolusi Majlis Keselamatan juga “menekankan keperluan mendesak untuk meluaskan aliran bantuan kemanusiaan kepada dan mengukuhkan perlindungan orang awam di seluruh Semenanjung Gaza.

Ia turut mengulangi tuntutannya untuk menghapuskan semua halangan kepada penyediaan bantuan kemanusiaan secara berskala. – Agensi

APAKAH ZIONIS

ISRAEL AKAN

PATUH ?

AMIN

ZIONIS ISRAEL

TAK AMBIK POT

KERANA AMERKA

DAN EROPAH

MASIH PRO ZIONIS

AMIN 

KHALAS

Tiada ulasan: