Isu kalimah Allah: Pengasas KK Mart, isteri hadir mahkamah tak ikut pintu utama
KUALA LUMPUR – Pengasas dan pengerusi Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Chai Kee Kan dan isteri, Datin Seri Loh Siew Mui dipercayai tidak melalui pintu utama ketika memasuki Kompleks Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Kedua mereka antara lima individu yang akan dihadapkan ke mahkamah di sini hari ini berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka tersebut.
Individu lain iaitu pembekal yang didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah Shah Alam pagi ini adalah Goh Li Huay, Soh Hui San dan Soh Chin Huat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan