Jumaat, 29 Mac 2024

INI SAH AKIBAT CUACA



Empat empangan air berada pada paras kritikal

KUALA LUMPUR – Empat empangan iaitu Empangan Sembrong Barat di Johor, Empangan Air Hitam di Pulau Pinang, Empangan BS Padang Saga dan Empangan Malut di Kedah berada di paras kritikal.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkata, setakat semalam, baki stok simpanan air mentah di Empangan Sembrong Barat di Johor sebanyak 31.65 peratus manakala Empangan Air Hitam di Pulau Pinang (35.00 peratus).

Stok bekalan air di Empangan BS Padang Saga dan Empangan Malut di Kedah masing-masing sebanyak 39.67 dan 39.90 peratus.

Sementara itu, Empangan Muda di Kedah yang mempunyai stok bekalan 41 peratus diletakkan di bawah parasa amaran.

Manakala tiga empangan lagi menunjukkan stok simpanan air berada pada paras waspada.

Empangan tersebut ialah Empangan Timah Tasoh (56.25 peratus) di Perlis, Empangan Bekok (68.58 peratus) di Johor dan Empangan Teluk Bahang (69.00 peratus) di Pulau Pinang.

Untuk rujukan, baki storan kurang 40 peratus diletakkan di bawah paras kritikal, 41 hingga 50 peratus amaran, 51 hingga 70 peratus waspada serta lebih 71 peratus normal.

Dalam laporan ringkas status cuaca panas, Nadma berkata, pada 25 Mac 2024, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengeluarkan hebahan ramalan kemarau bagi tiga lembangan sungai iaitu Sungai Muda Kedah, Sungai Kelantan dan Sungai Melaka.

Keadaan ini mungkin akan menyebabkan masalah gangguan bekalan air di daerah Sik, Pasir Mas, Machang, Tanah Merah, Kota Bharu dan Alor Gajah.

Manurut laporan itu lagi, pada 25 hingga 27 Mac, Perlis mencatatkan cuaca panas tahap 2 (gelombang haba) manakala daerah Hulu Perak, Perak mencatatkan cuaca panas tahap 2 pada 26 – 27 Mac 2024.

Seterusnya pada 25 Mac 2024, daerah Beaufort, Sabah mencatatkan cuaca panas tahap 2, manakala daerah Kota Setar, Kedah dan Pokok Sena, Kedah mencatatkan cuaca panas tahap 2 pada 27 Mac 2024.

Pada 25 Mac 2024, terdapat 41 daerah di Semenanjung, tiga daerah di Sarawak dan satu daerah di Sabah mencatatkan cuaca panas tahap 1 manakala terdapat 37 daerah di Semenanjung, dua daerah di Sabah dan dua di Sarawak mencatatkan cuaca panas tahap 1 pada 26 Mac 2024.

Pada 27 Mac 2024, terdapat 31 daerah di Semenanjung dan dua daerah di Sabah mencatatkan cuaca panas tahap 1.

Untuk rujukan, tahap 1 (berjaga-jaga) suhu maksimum harian 35°C hingga 37°C sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut); tahap 2 (gelombang haba) suhu maksimum harian melebihi 37°C hingga 40°C sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut) dan tahap 3 (gelombang haba ekstrem) suhu maksimum harian melebihi 40°C sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut). – 

INI TANDA JELAS

DUNIA MAKIN

PANAS

AMIN

RAWANG BANJIR

HUJAN LEBAT

TAPI

AIR DI TASIK

MAKIN SUSUT

AMIN

INI NAMANYA

MALAPETAKA 

IKLIM

KHALAS

Tiada ulasan: