Jumaat, 29 Mac 2024

KANCIL MAT DERIH



KESAH KANCIL 

MAT DERIH


Kesah Keluarga Mat Derih di Marang,Kuala Trengganu   Mat Derih bekerja kampong jika tak ke laut.Anak dah lima orang dan kini Maimoon isterinya dah sarat mengandong pula.....  setiap kali  jika kereta Kancil burok mereka tu boleh hidop, Mat Derih ,Maimoon dan ke lima2 anak2 yang sedang buas itu akan ke pasar malam atau bersiar  siar ke bandar.     Maimoon kerap komplen kereta kechik itu sempit untok tampong tujoh beranak.

Dan dah nak dapat seorang lagi bulan depan....apakan daya ,tak mungkin Mat Derih berupaya beli kereta lain yang lebeh besar.Nak beli petrol pun kadang kadang sukar.....Husin anak ketiga yang berumor tujoh tahun mendengar luahan rintehan ibunya pasal Kancil tu sempit.Kata Husin, " Dakper Che'.Ler ni sepit dah ade tujoh orang dalang kherta.Bila Che' beranok , barulah LAPANG !"

KAH KAH KAH

AMIN




 

Tiada ulasan: