Rabu, 20 Mac 2024

JEMPUTAN MALAM INI

 


Warga Tanpa Negara:

 Sesi Tayangan dan Perbincangan

 MOUTOU 

NO 8 ROOF TOP

 LORONG PANGGUNG




Dengan rendah hati kami ingin menjemput anda menonton dan berkongsi cerita tentang masalah hak kerakyatan di Malaysia. Adalah menjadi tanda tanya isu penting seperti ini tidak begitu diendahkan. 

Inisiatif tayangan filem Orang Tanpa Negara di Moutou berhasrat membuka kesempatan mendalami hak asas manusiawi yang ternyata bagus diberi perhatian. 

Malam tontonan diadakan juga kerana peduli susulan langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan, yang jika diluluskan Parlimen kelak, akibatnya kanak-kanak tanpa kerakyatan yang lahir di negara ini perlu memohon budi bicara KDN.

Jelas di sini, jika keputusan dibuat tanpa pertimbangan dan selidikan lanjut, menambah sulit kehidupan ramai terbabit. Bayangkan anak yang lahir dan membesar di Malaysia, dinafikan hak asasi yang patut dinikmati sebagai rakyat. 

Lahir kesedaran kerana peduli. Lapangkan diri  datang hadir menghayati filem dan mengikut pembicaraan luah pandang secara bersama-sama. Jumpa nanti.

Tiada ulasan: