Rabu, 20 Mac 2024

KENAPA FAHMI FADIL MENIKUS ?



Akmal pertahankan hak Islam bukan ‘main’ politik – KIMMA

GEORGE TOWN – Pemuda Parti Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) menempelak mereka yang melabelkan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh sengaja menunggang isu stoking kalimah Allah untuk menjadi hero politik.

Ketua Pergerakan Pemuda KIMMA, Rais Ahmad Mohamed Hussain berkata, tindakan Akmal lebih kepada mempertahankan serta menyuarakan kepentingan umat Islam dalam isu berkenaan.

“Tidak timbul soal Akmal tunggang isu ini demi kepentingan politik kerana isu sebegini bukan kali pertama berlaku.

“Malah, sering kali kami (umat Islam) yang mempertahankan agama dituduh dan dikecam dengan pelbagai dakwaan buruk.

“Suka kami tegaskan di sini bahawa Pemuda KIMMA berpendirian untuk berdiri teguh bersama Pemuda UMNO dalam mempertahankan isu kalimah Allah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Rais Ahmad, menteri serta komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak sepatutnya bersuara dalam isu kalimah Allah ini, sebaliknya mereka perlu menggesa pihak berkuasa untuk segera mengambil tindakan tegas dalam menyelesaikan isu berkenaan.

“Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming;Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya,  Ting King Sing serta Setiausaha MCA, Chong Sin Woon sepatutnya menasihati masyarakat mewakili mereka supaya perkara sebegini tidak berulang serta menjadi orang tengah jika betul ingin menyelesaikan masalah ini.

“Jangan lupa Titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bahawa tiada ada mana-mana pihak boleh memainkan isu 3R (agama, kaum, diraja) demi keamanan negara.

“Sehubungan itu, kami menyeru mereka yang bersuara lantang menentang isu penjualan stoking tertera kalimah Allah untuk berhenti bersuara bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Rais Ahmad turut menggesa pihak berkuasa untuk segera mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang dalam isu ini agar perkara sama tidak berulang pada masa hadapan.

Media semalam melaporkan, Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan (MPP), Fahmi Zainol menasihatkan Kor Ming untuk memberi fokus sebagai menteri KPKT dan tidak perlu bersuara dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Beliau juga berpandangan tidak semua perkara memerlukan Kor Ming bersuara tambahan pula isu tersebut tiada kaitan dengannya. –




APA JADI

DENGAN PKR ?

AMIN

MANA 

FAHMI FADIL ? 

MENGAPA 

JADI TIKUS

AMIN

BILA NAK ANTA

KERETA POLIS

KAH KAH KAH

SENYAP TAKUT

PADA DAP KE ?

KAH KAH KAH

MANA PEMIMPIN

BESAR PKR ?

KHALAS

2 ulasan:

Amier The Hero berkata...

Hahahahaha.. sambil mkn kurma 3 ketul, sambil baca tt. Cukup la mkn kurma 3 ketul dgn air suam, mkn lelebih nnt jd malas.. betul tak tt? Bila sebut initial F, den nak nyampuk la sket. Dia busy tu tt, busy tgk sapa yg kutuk initial A. Kutuk block kutuk block kutuk block.. smpi la abg jamil mampos. Lagi pun org² besar kk mart tu confirm² pangkah roket. Kono la jago bangso² roket ni, itu kan toman sepermainan diorg. Kilang stukin yg jumpo 5 pasang je tu pun bangso roket gak. Tak bleh la initial F nak tunjuk power bona palo bana eh. Dio brani tunjuk power block block ni kat puak² pembangkang dan yg kutuk gomen ajo. Tak padan boto la pelakon gol n gencu tu. Den sesunggoh eh mmg meluat sungguh tgk muko eh. Sekian, kito kombali ke sri pentas...

Tanpa Nama berkata...

Mamu masuk campur mamu nak laku nasi kandar kah kah beres bro