Ahad, 17 Mac 2024

LARANG TARAWIH DI AL QUDS


Umat Islam Palestin dihalang tunai solat tarawih di Masjid Al-Aqsa


BAITULMAQDIS – Seramai 60,000 umat Islam Palestin menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki walaupun berdepan sekatan Israel.

Menurut Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis, jumlah jemaah itu menunaikan solat berkenaan pada malam keenam Ramadan di Palestin.

Qatar News Agency melaporkan, saksi memberitahu Anadolu, tentera-tentera Zionis dikerahkan di pintu masuk menuju ke masjid dan menghalang berpuluh-puluh pemuda daripada memasuki masjid tersebut.

Israel menyekat jemaah Palestin daripada masuk ke Masjid Al-Aqsa di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di seluruh Tebing Barat yang diduduki akibat serangan berterusan tentera Israel di Genting Gaza berikutan serangan rentas sempadan 7 Oktober oleh kumpulan Palestin, Hamasyang mengorbankan lebih 31,000 orang.

Masjid Al-Aqsa merupakan tempat ketiga paling suci di dunia untuk umat Islam.

Orang Yahudi memanggil kawasan itu sebagai Gunung Kuil mendakwa ia adalah tapak dua kuil Yahudi pada zaman dahulu.

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur iaitu lokasi Al-Aqsasemasa Perang Arab-Israel 1967.

Ia menggabungkan seluruh bandar pada 1980 dalam satu langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. – Agensi

WOIT

HEBAT 60 RIBU

SEMBAHYANG

AMIN

KALAU 60 RIBU

ANGKAT SENJATA

DAH LAMA

ISRAEL RUNTUH

AMIN

Tiada ulasan: