Khamis, 28 Mac 2024

MENGADU PADA CHINA MERAH


Cadangan Tangau suruh Dr Akmal desak China mohon maaf dianggap dungu


KUALA LUMPUR – Cadangan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Madius Tangau supaya Dr. Muhammad Akmal Saleh mendesak China memohon maaf berhubung isu stoking tertera kalimah Allah disifatkan sebagai dungu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Tangau seolah-olah tidak mempunyai idea yang bernas untuk membela KK Mart.

“Selain Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Madius Tangau ada pula kumpulan 40 individu kononnya wakil suara awam menyelar tindakan boikot kedai KK Mart.

“Baru mereka tahu kuasa pengguna orang Islam. Kesannya cukup berat. Sebab itu isu stoking pamer kalimah Allah cuba dialih pada isu ekonomi.

“Tetapi cadangan MP Tuaran agar Dr Akmal desak Kerajaan China minta maaf lagi dungu. Dia macam mati akal untuk membela KK Mart,” kata Mohd. Puad.

Tambahnya, rakyat tidak naif dengan naratif pihak yang membela pasar raya berkenaan dengan mempersoalkan tindakan pemulauan walaupan pihak pengurusan telah meminta maaf selain akan didakwa di mahkamah.

Mohd. Puad berkata, rakyat menyedari banyak pihak telah disaman dan didenda namun kejadian menghina agama terus berulang ini kerana mereka mampu untuk melunaskan bayaran.

“Mereka sanggup bayar denda yang mahal. Tetapi mereka akan terus berniaga dan melanggar peraturan berulang kali.

“Sebab itu rumah urut, pub, kelab malam tidak kesah didenda banyak kali dengan denda tinggi. Mereka tidak serik dan akan buat lagi.

“Mereka hanya tutup kedai jika pelanggan lari dan boikot. Sebab itu boikot KK Mart adalah pengajaran besar,” katanya.

Mohd. Puad berkata, pihak berkenaan boleh terus membela pasar raya berkenaan namun mereka tidak mempunyai hak untuk menghalang orang lain melakukan pemulauan.

Tangau sebelum ini menyelar reaksi tidak seimbang Dr. Akmal mendepani kontroversi stoking tertera kalimah Allah sambil menyindir supaya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu menuntut permohonan maaf daripada China.

Mengulas kempen Dr Akmal berhubung gesaan boikot KK Mart di seluruh negara, Tangau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu sepatutnya mendesak duta China ke Malaysia dipanggil berkait kontroversi berkenaan.

Sambil menyeru kepada tindakan lebih seimbang, bekas presiden UPKO berkata, penarikan pantas produk itu oleh KK Mart perlu diambil kira, disusuli permohonan maaf.- MalaysiaGazette


INI BUKAN SAJA

DUNGU

AMIN

INI JELAS

NIAT BELOT

NAK PANGGIL

CHINA MERAH 

BANTU JIKA

CHINA MALAYSIA

BIKIN HURU HARA

KHALAS

1 ulasan:

Anak mat lela gila berkata...

Anak tangau student forestry ni tak payah komen boleh tak? Tau pulak orang bodohnya kau!!! Sebenarnya kilang di china tu buat stokin sahaja...chop hina islam dibuat di kilang Malaysia. Kilang tu yang patut diambil tindakan keras oleh mahkamah. Dewa/dewi yang kononnya penaung islam paling kuat pun murka je, lain tu habuk pun takada...pulus..pulus beb. Ini semua opera cina dan wayang kulit jawa seekor untuk lari dari masaalah ringgit dan ekonomi jatuh.
Tt pula apa pandangan kau ????