Khamis, 28 Mac 2024

PANTAGON BERI AMARAN PADA ISRAEL



Sebarang operasi tentera di Rafah perlu ambil kira lebih sejuta nyawa – Pentagon

WASHINGTON – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin menegaskan sebarang jenis operasi ke Rafah perlu mengambil kira lebih 1 juta orang yang bernaung di sana dan nyawa orang awam yang tidak bersalah.

Kenyataannya dibuat selepas Austin dan rakan sejawatannya dari Israel, Yoav Gallant, bertemu di Pentagon.

“Sebarang operasi di Rafah tanpa menimbangkan lebih satu juta nyawa di sana adalah satu kesilapan,” kata jurucakap Pentagon, Sabrina Singh kepada pemberita.

Oleh itu, katanya, sebarang serangan ke atas Rafah tidak seharusnya diteruskan tanpa pelan boleh dipercayai dan boleh dilaksanakan yang memastikan keselamatan dan sokongan kemanusiaan untuk orang awam yang berlindung di sana.

Austin menggesa Gallant untuk membuka luas pintu masuk untuk bantuan kemanusiaan dan menangani cabaran pengedaran di dalam Gaza, kata Sabrina.

“Beliau juga mengulangi komitmen jabatan itu untuk mewujudkan koridor maritim sementara memberi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza,” katanya.

Sabrina berkata, dalam pertemuan itu mereka turut membincangkan koridor maritim yang akan dibina “seperti yang dirancang.”

“Kami masih beberapa minggu lagi untuk beroperasi sepenuhnya,” ujarnya. – Agensi

JIKA ISRAEL

TERUS BERDEGIL

PBB WAJIB HANTAR

TENTERA KE GAZA

AMIN

TIAK ADA JALAN

LAIN UNTUK

PAKSA  ZIONIS

PATUH 

ARAHAN PBB

KHALAS

Tiada ulasan: