Sabtu, 20 April 2024

GERAKAN ANTI ZAHID


Afidavit adendum Najib: Presiden UMNO tidak pernah bincang dalam mesyuarat MKT

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi yang mengemukakan afidavit berkaitan titah adendum terhadap Najib Razak tidak dibawa ke meja rundingan parti itu.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO,  Johari Abdul Ghani enggan mengulas lanjut kerana tidak arif mengenai afidavit yang dibuat Ahmad Zahid.

“Dia tidak bincang dalam Majlis (Kerja) Tertinggi UMNO, jadi saya tidak boleh nak beri komen,” katanya kepada media selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Perdagangan dan Komuniti di Kampung Baru, di sini, hari ini.

Johari berkata demikian mengulas pertanyaan media mengenai afidavit diikrarkan Ahmad Zahid pada 9 April lalu mengenai kewujudan titah adendum yang dintakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku  Zafrul Tengku Abdul Aziz, pada pertemuan di rumah Presiden UMNO berkenaan di Country Heights pada 30 Januari lalu.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, beliau melihat dan membaca Titah Adendum itu dan jelas dengan isi kandungannya.

Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim menjelaskan afidavit yang dikemukakan timbalannya itu berhubung Titah Adendum dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 mengenai kebenaran melaksanakan baki hukuman bekas Perdana Menteri itu menerusi tahanan rumah (house arrest) dibuat atas kapasiti sebagai Presiden UMNO.

Anwar turut menegaskan, beliau juga tidak mahu terlibat dalam perbincangan titah berkenaan kerana ia bidang kuasa Lembaga Pengampunan. –



PERKARA INI

SENANG BERES

AMIN

ADA KE TAK DA

TITAH TAMBAHAN

AMIN

GI TANYA SOSOK

YANG BERI TITAH

ABIS CERITA

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: