Sabtu, 20 April 2024

PROJEK BAKAR BERAS




Penduduk dakwa sudah lebih tiga kali berlaku insiden buang beras
TEMERLOH – Insiden membuang dan membakar beras di tapak pelupusan sampah haram Rumpun Makmur di sini sebenarnya sudah berlaku lebih daripada tiga kali.

Penduduk mendakwa cuma insiden kebakaran yang tular baru-baru ini melibatkan jumlah beras dan barangan makanan pada kuantiti lebih banyak.

Abdul Basir Mohd Sharif, 46, berkata , insiden berkenaan mula disedari sejak tahun 2022 lagi namun apa lebih dikesalkan semalam merupakan insiden terbesar membakar beras.

”Sebenarnya kejadian buang beras ini sudah berlaku tiga kali. Yang kali pertama dan kali kedua tak banyak sangat tapi yang baru-baru ini paling banyak dibuang.

”Seingat saya rasa dua tahun lepas, memang saya sangat sedih sangat sebab dalam keadaan ekonomi dengan beras mahal, bila buang banyak begini terasalah,” katanya.

Penduduk yang berasal dari kampung Gunung Senyum itu berpendapat, barangan makanan yang dibuang berkemungkinan telah luput namun lebih dikesali mengapa ia tidak diagihkan kepada rakyat lebih awal.

Tambahnya, persoalan timbul mengapa beras sebegitu banyak rosak dan beras disorok terlalu lama tanpa diagihkan di kala negara menghadapi stok beras yang terhad.

Baginya, perkara tersebut tidak wajar ekoron barangan asas tersebut semakin mahal.

”Mungkin beras yang dibuang ialah barang rosak kerana sudah disimpan terlalu lama, kita nak tahu punca rosak.

”Mujur  sedar dalam aplikasi media sosial bila dapat tahu terus datang nak tengok apa yang boleh guna. Beras tu memang dibuang beratus pek, masa sampai itu sudah ada orang kutip,” katanya kepada MalaysiaGazette.

APA TUJUAN

BAKAR BERAS?

AMIN

APAKAH NAK

PASTIKAN HARGA

TETAP TINGGI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: