Selasa, 23 April 2024

KLUANG KEMARAU



Johor buat solat sunat Istisqa mohon hujan
JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersama pentadbiran daerah Kluang mengadakan majlis solat sunat Istisqa bagi memohon hujan di Empangan Sembrong dekat sini, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata solat itu bagi memohon hujan, terutama di kawasan sekitar empangan yang dilanda musim kemarau, sekali gus mengganggu bekalan air di daerah Kluang dan Kulai.

"Usaha melakukan solat Istisqa hari ini (semalam) bagi memohon Allah SWT menurunkan hujan khususnya di Empangan Sembrong, Ayer Hitam.

"Beberapa kawasan di Kluang dan Kulai terjejas bekalan air sejak awal Aidilfitri lalu akibat paras air empangan semakin merosot. Bagaimanapun, paras air kini menunjukkan sedikit perubahan, namun usaha perlu diteruskan

"Kerajaan Johor melalui JAINJ juga akan menyelaras solat sunat Istisqa dan khutbah di setiap daerah negeri ini, supaya kemarau yang sedang melanda kini segera berakhir" katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada Aidilfitri kedua lalu, media melaporkan lebih ribuan pengguna dan penduduk di Kulai dan Kluang terjejas susulan gangguan bekalan air, sekali gus mengganggu perayaan yang disambut.

Antara kawasan terjejas di Kulai ialah Murni Jaya, Kampung Sri Muar dan FELDA Bukit Permai, selain beberapa kawasan di Kluang.

Sementara itu, Mohd Fared berkata, Kerajaan Johor memandang serius isu kemarau yang mengakibatkan beberapa empangan mencatatkan penurunan paras air.

"Berdasarkan kiraan Indeks Laporan Pemantauan Kemarau (SPI) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laporan pemantauan kemarau bulan lalu, merekodkan bacaan indeks SPI di Stesen Meteorologi Kluang pada skala sederhana kering dan sangat kering.

"Kita berharap usaha melakukan solat Istisqa di seluruh negeri termasuk di Empangan Sembrong akan berhasil," katanya.

INI TANDA

MALAPETAKA

IKLIM

AMIN

KETIKA GUA

MUAT NAIK 

BERITA INI HUJAN

MENCURAH TURUN

DI WILAYAH KL

AMIN

JIKA HUJAN INI

BERTERUSAN

BANJIR KILAT

MELANDA KL

AMIN

JOHOR KERING

TANDA IKLIM

KACAU BILAU

KHALAS

Tiada ulasan: