Isnin, 6 Mei 2024

APA SUDAH JADI DENGAN MADANON !!!

Syarikat bantu pertahanan Israel sertai pameran di KL, Mindef dituntut beri penjelasan


Sebuah gabungan tempatan yang menyokong perjuangan Palestin mendedahkan penglibatan syarikat yang membekalkan senjata kepada Israel dalam sebuah pameran aset pertahanan yang berlangsung empat hari mulai hari ini di Kuala Lumpur.

Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) menggesa Putrajaya memberikan  penjelasan bagaimana syarikat Lockheed Martin, MBDA (BAE Systems), Aim Point, Colt, L3Harris, Leupold, Shield AI dan Leonardo turut tersenarai dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia 2024 (Natsec), acara dwitahunan yang kini memasuki edisi ke-18.

Ia dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pertahanan, melibatkan 1,324 syarikat dari 60 negara yang mempamerkan aset ketenteraan dan teknologi keselamatan canggih.

"Bagaimana Malaysia, sebagai sebuah negara yang lantang, dan bersetiakawan bersama Palestin boleh membenarkan syarikat-syarikat ini masuk dan dengan bangga menayangkan produk persenjataan mereka?

"Mereka inilah yang membekalkan kelengkapan melakukan genosida, khususnya apabila genosida masih sedang berlangsung sehingga ke hari ini?" kata SSP dalam satu kenyataan.

"Ini masanya bagi kerajaan untuk benar-benar membuktikan bahawa sokongan kepada Palestin bukan sekadar satu bentuk retorik."

MalaysiaNow sedang cuba mendapatkan respons daripada Menteri Pertahanan Khaled Nordin mengenai penglibatan syarikat itu.

Khaled dalam catatan di X hari ini mengalu-alukan peserta ke pameran tersebut.

"Matlamat pameran ini bukan hanya tentang senjata, teknologi mahupun keupayaan baharu semata-mata. Tetapi ia juga tentang jalinan dan perkongsian melibatkan komuniti pertahanan global, yang merupakan sebahagian daripada proses pembentukan masa depan pertahanan dan keselamatan yang lebih baik," tulisnya.

Sebelum itu, akaun #Gegar di X mengajak orang ramai melakukan bantahan kepada Kementerian Pertahanan (Mindef), menggesa dibatalkan penyertaan syarikat-syarikat yang didakwa membantu pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza, terutamanya Lockheed Martin dan BAE Systems.

Akaun #Gegar di aplikasi X mengajak orang ramai melakukan bantahan kepada kementerian pertahanan menggesa penyertaan syarikat yang didakwa membantu pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza dibatalkan.\

Akaun #Gegar di aplikasi X mengajak orang ramai melakukan bantahan kepada Kementerian Pertahanan menggesa penyertaan syarikat yang didakwa membantu pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza dibatalkan.

Ia juga menyenaraikan beberapa universiti tempatan yang menyertai acara itu, termasuk Universiti Malaya yang sebelum ini terpalit kontroversi mengundang seorang penceramah pro-Zionis dari Amerika Syarikat.

Dalam laman web rasminya, Lockheed Martin berkata ia "bangga" dalam peranannya mempertahankan keselamatan Israel.

"Pesawat C-130 dan F-16 kami telah berkhidmat dengan setia untuk tentera udara Israel sejak 1970-an dan 1980-an, dan apabila Surat Perjanjian ditandatangani pada Oktober 2010, Israel menjadi negara pertama memilih F-35 melalui proses Jualan Ketentaraan Asing kerajaan AS," kata syarikat itu.

Pesawat F-16 dan F-35 buatan Lockheed antara yang digunakan Israel untuk mengebom Gaza, manakala pesawat C-130 Hercules untuk melakukan serangan darat.

"Mereka turut membekalkan peluru berpandu seperti AGM-114 Hellfire dan Hellfire R9X yang digunakan Israel mengebom Hospital Al-Shifa," kata SSP.

Lebih 30,000 rakyat awam Palestin, sebahagian besarnya kanak-kanak, terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak Oktober lalu.

Minggu lalu, MalaysiaNow mendedahkan sebuah kapal kargo milik syarikat Israel berlabuh di Pelabuhan Klang, walaupun sebelum ini Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pengharaman ke atas semua kapal berasal dari negara Zionis itu daripada menggunakan kemudahan pelabuhan tempatan.

Semakan MalaysiaNow menggunakan Marine Traffic, aplikasi yang mengesan pergerakan perkapalan antarabangsa, mendapati kapal kargo ZIM Rotterdam yang dimiliki syarikat Israel Zim Integrated Shipping Services, berlabuh di Pelabuhan Klang pada 29 April lalu, sebelum berlepas sehari kemudian menuju ke Pelabuhan Shantou, China.

Kementerian Pengangkutan dan pihak pengurusan Lembaga Pelabuhan Klang masih belum menjawab pertanyaan MalaysiaNow. 

MADANON

OOOH 

MADANON

AMIN

AWALNYA 

PROF ZIONIS

DIJEMPUT BERUCAP

DI UNIVERSITI MALAYA

AMIN

SEKARANG KILANG

SENJATA PEMBUNUH

PALESTIN DI JEMPUT

KE PAMERAN SENJATA

AMIN

INI CAKAP TAK

SERUPA BIKIN

AMIN

CAKAP BERDEKAH2

TAPI BUAT DEAL

DENGAN ZIONIS

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Confirmed daulah terpendam tengah bekerja siang malam kah kah kah masih tak faham lagi?