Selasa, 7 Mei 2024

APA TERJADI DENGAN MADANON ?


Putrajaya pertahan kehadiran syarikat bekal senjata kepada Israel di sebalik bantahan terhadap pameran KL

Putrajaya hari ini mempertahankan penyertaan syarikat yang membekalkan peralatan ketenteraan kepada Israel pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia 2024 (Natsec) yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur, dengan menyatakan Malaysia mengamalkan “perdagangan bebas” dan tidak akan mencampuri hubungan perniagaan mana-mana syarikat.

“Hubungan beberapa syarikat pertahanan global dengan negara tertentu adalah hak mereka dan Malaysia tidak akan mencampuri urusan itu,” kata Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin.

Kenyataan itu dibuat di sebalik tunjuk perasaan di luar Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), di mana sekumpulan aktivis membantah penyertaan syarikat yang membekalkan peralatan ketenteraan kepada Israel dan digunakan dalam serangan di Gaza, yang setakat ini meragut nyawa lebih 30,000 rakyat Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Syarikat yang dimaksudkan ialah Lockheed Martin dan MBDA (BAE Systems) selain daripada Aim Point, Colt, L3Harris, Leupold, Shield AI dan Leonardo.

Penunjuk perasaan membawa pelbagai sepanduk mengutuk sebarang hubungan dengan syarikat yang menganjurkan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, di samping melaungkan “Lockheed bangsat” dan “Free Palestine”.

Semalam bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Putrajaya mesti menghalau syarikat yang mempunyai hubungan dengan Israel daripada menyertai pameran itu, dan menyifatkan kehadiran mereka satu penghinaan kepada perjuangan Palestin.

“Mereka perlu tahu bahawa tidak ada tempat di Malaysia untuk mana-mana pihak yang menyokong atau bersubahat dengan Israel melakukan genocide ke atas orang Palestin,” kata Dr Mahathir, sebagai respons bantahan terhadap penyertaan syarikat yang membekalkan peralatan ketenteraan kepada Israel.

Protest_Natsec_3_20240507_110921Sebelum ini, sebuah kumpulan pro-Palestin mempersoalkan Putrajaya kerana membenarkan penyertaan syarikat berkenaan yang "dengan bangga menayangkan produk persenjataan mereka".

"Mereka inilah yang membekalkan kelengkapan melakukan genosida, khususnya apabila genosida masih sedang berlangsung sehingga ke hari ini?" kata Sekretariat Solidariti Palestin (SSP).

Dalam laman web rasminya, Lockheed Martin berkata ia "bangga" dalam peranannya mempertahankan keselamatan Israel.

"Pesawat C-130 dan F-16 kami telah berkhidmat dengan setia untuk tentera udara Israel sejak 1970-an dan 1980-an, dan apabila Surat Perjanjian ditandatangani pada Oktober 2010, Israel menjadi negara pertama memilih F-35 melalui proses Jualan Ketentaraan Asing kerajaan AS," kata syarikat itu.

Pesawat F-16 dan F-35 buatan Lockheed antara yang digunakan Israel untuk mengebom Gaza, manakala pesawat C-130 Hercules untuk melakukan serangan darat.

"Mereka turut membekalkan peluru berpandu seperti AGM-114 Hellfire dan Hellfire R9X yang digunakan Israel mengebom Hospital Al-Shifa," kata SSP.

Minggu lalu, MalaysiaNow mendedahkan sebuah kapal kargo Israel baru-baru ini berlabuh di Pelabuhan Klang, walaupun Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan larangan ke atas semua kapal milik syarikat Israel Disember lalu.

Protest_Natsec_2_20240507_110921ZIM Rotterdam, sebuah kapal kargo milik syarikat Israel Zim Integrated Shipping Services, berlabuh di Pelabuhan Klang pada 29 April sebelum belayar ke Pelabuhan Shantou di China pada keesokan hari.

Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Pelabuhan Klang masih belum membalas pertanyaan MalaysiaNow.

Sementara itu, Khaled berkata pameran DSA dan Natsec dibiayai secara persendirian.

“Kerajaan Malaysia tidak menanggung sebarang kos menganjurkannya,” katanya.

Beliau berkata Mindef akan tetap mengambil kira pendirian Malaysia dalam konflik Palestin apabila mendapatkan perolehan peralatan ketenteraan.

Khaled berkata, negara Islam seperti Turki, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu, Iran, Bosnia dan Herzegovina serta Pakistan turut mengambil bahagian dalam pameran itu.

WOIT

APA DAH JADI

DENGAN MADANON?

KAH KAH KAH

APAKAH TERLUPA

ZIONIS ISRAEL

KAH KAH KAH

KERANA NAK

NIAGA SENJATA

KAH KAH KAH

ATAU KERANA

BANYAK MAKAN

SUP TULANG BABI

MADANI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: