Ahad, 30 Jun 2024

PALESTIN DIBANTU OLEH ISLAM SESAT


`Semua akan lawan jika Israel terus serang Lubnan

TEHRAN: Iran memberi amaran bahawa semua barisan penentang, kumpulan Iran dan sekutu serantaunya akan berhadapan dengan Israel jika ia menyerang Lubnan.

Kenyataan itu dikeluarkan dari misi Iran ke New York ketika kebimbangan perang serantau yang lebih luas membabitkan Israel dan gerakan Hizbullah yang disokong Iran, Lubnan.

Ketika ini, kedua-dua pihak terbabit bertempur hampir setiap hari sejak perang di Gaza bermula.

Amaran itu dilihat semakin meningkat pada bulan ini, bersama-sama retorik pertengkaran daripada kedua-dua pihak.

Malah, rancangan tentera Israel untuk serangan Lubnan juga sudah "diluluskan dan disahkan", hingga mendorong Hizbullah bertindak balas bahawa tiada seorang pun daripada Israel akan terhindar dalam konflik penuh.

Dalam catatan di platform media sosial X, misi Iran berkata, ia menganggap sebagai perang psikologi propaganda rejim Zionis tentang berhasrat untuk menyerang Lubnan.

"Tetapi sekiranya ia memulakan pencerobohan ketenteraan berskala penuh, perang yang melenyapkan akan berlaku.

"Semua pilihan, termasuk pembabitan penuh semua barisan penentangan, bersedia," menurut misi Iran itu dalam X. - AFP 

NASIB BAIK

ADA ISLAM SESAT

YANG BERANI

LAWAN ISRAEL

AMIN

KALAU ISLAM

TAK SESAT

SEPERTI SAUDI

PASTI JADI BARUA

ZIONIS YAHUDI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: