Isnin, 15 Julai 2024

DAP - DURI DALAMM DAGING ?



DAP dalam kerajaan ibarat duri dalam daging – UMNO Kluang

KLUANG – Tindak tanduk DAP dalam Kerajaan Perpaduan seperti duri dalam daging kerana sering melakukan desakan terhadap perkara yang mengguris hati dan perasaan orang Melayu.

Ketua UMNO Bahagian Kluang,  Md Jais Sarday berkata, realiti itu menunjukkan kerjasama UMNO dengan DAP pada dasarnya tidak banyak memberikan manfaat kepada UMNO serta BN.

“Hubungan ini merugikan UMNO khususnya yang memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO UMNO Bahagian Kluang di Dewan Kampung Melayu di sini hari ini.

Mesyuarat perwakilan tersebut dirasmikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MMT) UMNO, Zambry Abdul Kadir yang juga Menteri Pengajian Tinggi.

Jais mengulas usul yang dibawa UMNO Bahagian Kluang dalam mesyuarat perwakilan tersebut yang mahu UMNO bergerak solo bersama komponen BN iaitu MCA dan MIC untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Mengulas lanjut, beliau berkata, cadangan tersebut diusulkan melalui mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kluang yang mendapat sokongan sebulat suara perwakilan.

Katanya, UMNO yang menerajui BN perlu bersama parti komponen gabungan itu untuk mendapatkan semula sokongan serta undi lebih banyak daripada orang Melayu.

“Kita juga mencadangkan agar UMNO negeri, bahagian dan cawangan diberikan mandat menentukan sendiri strategi kemenangan mengikut kesesuaian adat dan budaya di kawasan masing-masing namun tetap mendengar nasihat serta panduan UMNO Pusat,” katanya.

Menurut Md Jais, UMNO Pusat juga perlu membantu daripada segi dana politik untuk memastikan gerak kerja parti dapat diperkukuh sebelum tiba musim PRU16.

“Dalam masa sama, ahli-ahli parti perlu menjalankan program berteraskan jati diri supaya sentiasa bersemangat mempertahankan parti keramat orang Melayu ini secara keseluruhannya,” ujarnya.


Kata Md Jais lagi, kepimpinan parti di pelbagai peringkat juga digesa mula menggerakkan aktiviti menjurus kepada PRU16 bagi memastikan UMNO atau BN secara keseluruhan sentiasa bersedia dengan pendekatan dan strategi yang menyumbang kepada kemenangan. – 

KAH  KAH KAH

WOIT

DALAM DAGING 

APA?

KAH KAH KAH

DAGING BABI KE

DAGING AYAM

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: