Rabu, 24 Julai 2024

LAUT SUNDA BUKAN MILIK CHINA MERAH


Filipina tak akan berundur dalam pertikaian laut walaupun perjanjian dengan China - Marcos

MANILA: Filipina tidak akan berundur daripada menegaskan haknya di Laut China Selatan yang dipertikaikan, walaupun mencapai perjanjian dengan Beijing untuk mengelakkan konfrontasi di kawasan itu, kata Presiden Ferdinand Marcos Jr pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Filipina tidak boleh mengalah. Filipina tidak boleh goyah," kata Marcos disambut dengan tepukan gemuruh dan tepukan berdiri semasa ucapan negara tahunannya di hadapan Kongres.

"Laut Filipina Barat bukan sekadar khayalan kita," katanya, merujuk kepada kawasan itu dengan nama tempatannya.

"Ia milik kita. Dan ia akan kekal milik kita selagi semangat negara tercinta kita Filipina terus membara," katanya.

Kenyataan Marcos dikeluarkan sehari selepas Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina mengumumkan bahawa Manila dan Beijing bersetuju dengan 'pengaturan sementara' mengenai bagaimana Filipina boleh menghantar bekalan kepada tenteranya di BRP Sierra Madre di Second Thomas Shoal, yang secara tempatan dipanggil Ayungin Shoal.

Tiada butiran dikeluarkan, tetapi jabatan itu menegaskan bahawa perjanjian berkenaan tidak menjejaskan kedudukan negara.

China secara agresif menyekat misi bekalan semula Filipina ke beting itu, yang terletak pada jarak 195 kilometer di barat wilayah Palawan di Filipina dan berada dalam zon ekonomi eksklusif Filipina.

Filipina mendaratkan BRP Sierra Madre, sebuah kapal tentera laut usang di beting itu pada 1999 untuk menandakan tuntutan negara itu ke atas kawasan berkenaan.

Tentera Filipina ditempatkan di bangkai kapal yang berkarat itu.

WAJIB SOKONG

PENDIRIAN

PILIPINA

AMIN

LAUT SUNDA

BUKAN MILIK

CHINA MERAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: