Kumpulan Hindu desak pendakwah Islam turunkan komik tidak sensitif
HINDU Sangam Malaysia (MHS) mendesak seorang pendakwah Islam menurunkan satu posting komik di Facebook yang didakwa tidak sensitif terhadap agama Hindu.
Presiden MHS Ganesan Thangavellu berkata kandungan seperti itu boleh menjejaskan keharmonian agama.
“Poster dialog komik itu disiarkan oleh Zirwah al-Idrus bertujuan untuk mendidik kanak-kanak Islam.
“Walaupun usaha untuk mendidik kanak-kanak tentang agama sangat dihargai, tetapi kita perlu ingat Malaysia adalah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama.
“Oleh itu, sebarang bahan pendidikan perlu disampaikan dengan sensitiviti terhadap kepercayaan dan amalan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Poster itu yang dimuat naik dua hari lalu di Facebook Zirwah al-Idrus kini tular di platform media sosial.
Pada masa artikel ini dibuat, posting itu menerima 3,000 komen dan lebih 11,000 share.
Poster itu menunjukkan dialog antara seorang ibu dan anak lelakinya yang ingin tahu tentang kuil Hindu.
Dalam penjelasannya, ibu itu menggelar Hindu kafir kerana mereka tidak menyembah Allah. – 29 Ogos, 2024.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan