KERAJAAN TITAH
SEKALI LAGI
RAMAI masih kurang faham. Ramai warga tertanya-tanya. Ramai masih ragu-ragu tentang kerajaan hari ini.
Keadaan ini memaksa Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil untuk berkata “... pengisytiharan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dibuat Yang di-Pertuan Agong selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Raja-raja Melayu di Istana Negara pada minggu lalu.”
Satu kenyataan menteri yang amat jelas.
Hakikatnya kata-kata Fahmi ini membuktikan kerajaan hari ini adalah Kerajaan Titah. Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu bertitah agar didirikan kerajaan perpaduan. Khalas.
Semua yang tertulis di atas saya kutip kembali dari tulisan saya bertajuk : Titah, Retorik dan Real Politik. Tulisan ini muncul di Malaysian Insight pada 22 Disember 2022.
Minggu ini perkara yang sama muncul kembali. Perkara keabsahan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim masih dipertikaikan.
Ini bukan perkara baru. Semenjak Anwar naik takhta kedudukan Kerajaan Titah ini terus dipertikai. Awalnya bagaimana Anwar naik takhta ini jadi perbualan ramai. Kemudian ianya mengenap tapi masih membara. Kini meledak sekali lagi.
Ada beberapa perkara yang menarik bersabit dengan Kerajaan Titah ini. Perkara-perkara ini timbul kembali untuk menjadi
perbualan nasional.
Pertama dalam kempen di PRK Nenggiri - Muhyiddin klim sebaik saja PRU15 selesai Perikatan Nasional (PN) memiliki 115 YB yang membolehkan PN mendirikan kerajaan. Dari perkiraan jumlah angka ini mencakupi juga parti dan gabungan parti dari Sabah dan Sarawak.
Sabar dulu. Kira punya kira para YB dari Sabah dan Sarawak pun masih tidak mencukupi untuk PN menubuhkan kerajaan.
Dari mana Muhyiddin cekau jumlah 115 YB ini ?
Dari berita yang tersebar bersama jumlah 115 YB yang di klim oleh PN ini termasuk juga 10 YB dari United Malays National Organisation?
Fakta jumlah dari United Malays National Organisation ini penting. Tapi yang lebih penting untuk 30 juta warga Malaysia (tidak termasuk pendatang haram dari China Merah dan Mat Bangla) ingin tahu nama-nama YB dari United Malays National Organisation.
Nama-nama YB dari United Malays National Organisation yang menyokong PN ini penting untuk di ketahui kerana ianya membawa makna politik yang dalam.
Satu nama yang selalu di sebut ialah Hishammuddin Husin. Ini tidak mustahil kerana sosok ini telah digantung keahliannya. Khalas.
Siapa lagi selain dari Hishammuddin ?
Satu Malaysia hendak tahu kerana YB-YB yang menyokong PN ini jelas adalah sosok-sosok yang menentang kepimpinan Zahid Hamidi. Para YB bersama PN ini adalah wira parti Melayu yang berani melawan arus.
Juga para YB yang bersama PN ini membuktikan bahawa kepimpinan Zahid masih dipertikaikan. Kedudukan Zahid sebagai Presiden parti goyah dan sentiasa di lawan.
Amat jelas kedudukan Zahid sebagai Presiden parti di tentang dari luar dan dari dalam parti sendiri. Ini selari dengan semangat para pengundi Bangan Datuk yang menentang Zahid. Sejarah membuktikan Zahid hanya menang dengan kelebihan 348 undi.
Bukan sahaja para YB ini menentang Zahid malah ratusan ribu ahli United Malaya National Organisation juga tidak menyokong Zahid – Presiden Parti.
Mana buktinya?
Mudah sahaja. Bukti yang amat ketara ialah keputusan PRK Sungai Bakap. Berduyun-duyun ahli United Malays National Organisation tidak turun mengundi. Dan untuk menyakitkan hati Zahid ramai pula ahli parti belot berpaling tadah mengundi PN. Amin.
Kenapa ini berlaku?
Mudah sahaja. Zahid di lihat dulak dalik atau kluk klak dalam bahasa orang Terengganu. Zahid yang bersumpah – No Anwar No DAP – kini telah menelan sumpah sendiri.
Zahid juga dilihat sama seperti Anwar bukak mulut mohong.
Wajib diakui bukan semua ahli parti United Malays National Organisation tutup mata atau terlibat dalam rasuah. Mereka juga jujur dan mahu parti mereka bergerak di landasan yang betul.
Ahli parti yang berfikir bukan pembodek telah menolak Zahid kerana Zahid terlibat dalam 47 kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Sikap mereka sama dengan sikap majoriti rakyat Malaysia. Malah sikap ini juga di kongsi ramai oleh ahli PKR dan DAP. Mereka rasa gelisah bagaimana seorang kleptokrat-penyamun seperti Zahid boleh diambil oleh Anwar untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Majoriti rakyat Malaysia yang berakal dan rasional mahu 47 kes Zahid terus dibicarakan. Ini bukan bermakna mereka telah menganggap Zahid bersalah. Apa yang rakyat Malaysia mahu ialah penerusan 47 kes di mahkamah.
Sentimen majoriti rakyat Malaysia ini telah di wakili oleh Majlis Peguam yang mahu 47 kes ini diteruskan. Kes bantahan Majlis Peguam ini masih berjalan.
Wajib di beri ingatan tuntutan Majlis Peguam ini bukan kerana sentimen anti Zahid. Majlis Peguam mahu 47 kes Zahid ini diteruskan kerana mahkamah telah membuktikan 47 kes ini ada prima facie.
Prima facie di Malaysia memberi makna -kes prima facie ialah kes yang ditubuhkan dengan bukti yang mencukupi, dan boleh ditumbangkan hanya dengan menyangkal keterangan yang dikemukakan oleh pihak yang lain.
Ertinya perbicaraan wajib diteruskan.
Tapi Zahid yang berdiri di sebelah Anwar adalah sosok yang dipertikaikan kedudukannya.
Kempen dan retorik Anwar melawan rasuah menjadi pancit meleset dan menjadi tema menganjing kerajaan Madani oleh para Pahlawan Siber. Kah kah kah.
Mari kembali kepada kes Muhyiddin Yasin dan 115 YB. Dari apa yang diberitakan isi ucapan Si Muhyiddin ini adalah palsu dan menghina bekas Agong. Anak dan isteri bekas Agong membuat kompelin.
Amat jarang berlaku kerabat kayangan buat kompelin. Tidak pernah saya dengar Raja Charles atau Ratu Belanda buat kompelin.
Raja yang di rajakan seperti Raja Charles selalu kompelin bukan tentang parti Buruh atau Konservatif. Hal parti politik raja-raja di negara kapir tidak campur.
Raja Charles sering kompelin tentang pemusnahan alam sekitar.
Ratu Belanda ada juga kompelin. Ratu Belanda yang berbasikal ini mahu jalan dalam kota-kota Belanda jangan berlubang-lubang susah rakyat nak berbasikal.
Dua-dua ini contoh kompelin Raja-raja dalam negara kapir. Amin
Kes kompelin dari Istana Pahang ini mengedepankan pihak polis bertindak. Biasanya pihak polis agak lambat untuk mengambil tindakan. Contoh terbaik ialah kes OKU kena tumbuk.
Ketika tulisan ini digarap Si Muhyiddin telah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atas tuduhan jenayah menggunakan Akta Hasutan 1948.
Bila saya menulis atau bercakap tentang Akta Hasutan ini saya akan pastikan angka 1948 disebut sama. Ini untuk membuktikan bahawa Akta Hasutan 1948 ini direka oleh Penjajah Inggeris.
Kita wajib memperlekehkan kerajaan Anwar yang masih menggunakan akta penjajah ini. Bayangkan akta ini direka ketika Ratu Elizebeth masih belum pecah dara. Kah kah kah.
Hingga ke hari ini kerajaan yang klim sudah merdeka masih menggunakan alat senjata Inggeris untuk memusnahkan musuh politik.
"Tapi saya dapat 115. Kalau ikut kiraan Perlembagaan, saya sudah ada jumlah yang lebih daripada mencukupi untuk jadi Perdana Menteri. Ini bukan nak mengungkit but it is a record of history. Tapi entah macam mana Yang Dipertuan Agong waktu itu tak ajak jemput saya angkat sumpah. Siapa Yang Dipertuan Agong dulu. Pahang lah. Kita tak nak cerita apa-apa yang buruk ya. Tapi yang itu bagi saya agak luar biasa. Tapi tak apalah. Maka lepas itu terbentuklah kerajaan perpaduan. Sekarang ini kita panggil kerajaan madanon."
Di atas adalah kata-kata yang keluar dari mulut Muhyiddin di Nenggiri.
Sila baca sekali lagi. Saya ulang – sila baca ayat di atas sekali lagi. Kemudian secara jujur tanya diri sendiri. Dimanakah ianya menghasut ? Dimanakah ianya menghina?
Muhyiddin menyebut jumlah YB yang menyokong PN ini bukan satu perkara baru. Malah menyebut angka YB memberi sokong bukan satu jenayah.
Si Anwar Ibrahim juga selalu klim dia ada nombor. Saya ulang – Anwar selalu klim dia ada nombor. Anwar klim dia cukup jumlah YB yang akan menobatkan dirinya untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008.
Sesudah Mahathir letak jawatan pada 24 Februari 2020 hasil dari Langkah Sheraton sekali lagi Anwar klim dia ada nombor.
Lebih dari empat kali Anwar klim dia cukup jumlah YB yang akan menyokong dirinya untuk menjadi Perdana Menteri.
Setiap kali Anwar klim tidak ada polis tangkap Anwar. Tidak ada Akta Hasutan 1948 digunakan untuk tangkap Anwar ... opps... maaf ...silap. Ketika Anwar klim dia ada nombor kerajaan Mahathir, kerajaan Muhyiddin dan kerajaan Ismail Sabri telah menggantung Akta Hasutan 1948 dari digunakan.
Kes Muhyiddin ini ada hikmahnya. Ianya membuka kembali fakta sejarah PRU15. Satu Malaysia mahu tahu apakah betul dan sahih Anwar Ibrahim ada sokongan para YB untuk dia naik takhta.
Malah persoalan sama ada Anwar Ibrahim ini ada sokongan YB atau tidak senang diselesaikan. Tidak perlu tunjuk Akuan Bersumpah. Saya ulang. Tidak perlu Akuan Bersumpah para YB untuk membuktikan sokongan. Tidak perlu sesiapa di tangkap. Tidak perlu Akta Hasutan 1948 diguna pakai.
Caranya mudah. Saya ulang – caranya mudah. Parlimen bersidang majukan usul undi percaya kepada Anwar Ibrahim. Lihat dan kira jumlah undi. Khalas.
Tidak perlu diulang-ulang lagi angka 115 dari Muhyiddin. Tutup kedai dan tunggu PRU16. Amin. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIA NOW
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2024/08/30/saya-ulang-kerajaan-titah
1 ulasan:
Tun muhyidin zahid non dulu ummno la ! pmx tpm 47 selamat dlm k'jaan dh luar dari k'jaan ckp2 akan d pantau faham2lah kahkahkah ada duit vs ada wang/kuasa elok molek
Catat Ulasan