Khamis, 5 September 2024

PENYAKIT SEDANG MEREBAK



Lelaki dakwa diserang kerabat Pahang dengan pisau, pistol

SEORANG kerabat diraja Pahang didakwa terlibat dalam serangan terhadap seorang pekerja pembinaan jalan, lapor Malaysiakini.

Portal berita itu memetik mangsa, Alias Awang, 44, mendakwa  “ditikam dan ditembak” semasa serangan yang berlaku di sebuah kandang di Kuantan pada 6 Jun.

Mangsa membuat laporan polis dua hari kemudian sebelum suspek utama dan dua individu lagi ditahan serta direman selama tujuh hari untuk memudahkan siasatan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Menurut Alias, dia pergi ke kandang tersebut selepas menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kerabat diraja.

“Saya diserang oleh kira-kira 20 orang termasuk anak Tengku berkenaan.

“Dalam kejadian itu seorang rakannya menyerang saya dengan menikam peha kanan saya dengan pisau,” katanya dalam laporan berita tersebut.

Alias berkata dia kemudian mengetahui serangan itu berkaitan dengan sebidang tanah di Rompin di mana dia terlibat dalam pembinaan jalan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu memberitahu Malaysiakini bahawa ketiga-tiga suspek dibebaskan dengan ikat jamin polis sementara dua individu lagi dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.

“Kita sudah membuat tangkapan terhadap suspek utama dalam kes ini.

“Kita lihat sekiranya ada keperluan untuk siasat, kita akan siasat lebih lanjut (mengenai dakwaan tembakan),” katanya.

Namun, beliau enggan mengulas tentang dakwaan penglibatan kerabat diraja dalam kejadian tersebut. – 5 September, 2024.

PENYAKIT

 SERANG RAKYAT

RAKYAT MAKIN

MEREBAK

AMIN

DULU HANYA

BERLAKU DISELATAN

AMIN

NI DAH MELARAT

KE PANTAI TIMUR

AMIN

NEGARA PERLU

PEMIMPIN SEPERTI

MADEY YANG

TIADK KENA PAU

AMIN

PEMIMPIN YANG

MELAYU PERCAYA

KAHLAS

Tiada ulasan: