Sabtu, 12 Oktober 2024

JANGAN IKTIRAF ISRAEL


Pas akan pastikan kerajaan tidak sesekali iktiraf Israel


KUALA LUMPUR – Pas akan memastikan kerajaan tidak sesekali mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.

Tegas Presidennya,  Abdul Hadi Awang, Israel sudah terlalu banyak melanggar undang-undang antarabangsa dengan melakukan kezaliman terhadap penduduk Palestin.

Tambah beliau, langkah itu juga adalah sebahagian tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

“Kita telah pun berjaya dari awal sejak merdeka pada 1957 yang mana Pas hanya ada ahli Parlimen tujuh, lapan orang saja masa itu berjaya mendesak kerajaan Malaysia jangan iktiraf negara israel.

“…(Jadi kerajaan) tak iktiraf (Israel) sampai sekarang dan dalam pasport Malaysia juga sudah ditulis bahawa rakyat negara ini tidak dibenarkan melawat Israel, itu adalah antara kejayaan yang telah dicapai.

“Sehingga ke hari ini seluruh rakyat Malaysia tidak mengiktiraf Israel walaupun Amerika Syarikat memegang prinsip menerima zions namun kita tak terima,” katanya kepada media selepas Perhimpunan ‘Setahun Gaza, Demo Mega’ di ibu negara di sini, hari ini.

Terdahulu, ribuan orang ramai tidak menghiraukan cuaca panas berarak di ibu negara bagi menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin yang berdepan serangan regim zionis.

Himpunan anjuran Pas dan disokong beberapa kumpulan lain termasuk badan bukan kerajaan (NGO), berkumpul di Masjid As-Syakirin KLCC pukul 2 petang sebelum mula berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.

Antara kumpulan yang menyokong perhimpunan itu ialah parti politik Pejuang, gabungan kumpulan Islam bernama Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dan NGO Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mapim), Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP) dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan).

Berdasarkan pemerhatian, dianggarkan kira-kira 100 anggota polis dibantu sukarelawan Unit Amal Pas  memantau keadaan dan mengawal jalan raya sepanjang perarakan sejauh dua kilometer itu.

Peserta himpunan berarak sambil mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan “Hidup, Hidup, Hidup Palestin” serta “Hancur, hancur, hancur Isreal.”

Antara ahli politik yang turut hadir adalah Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man; Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria; bekas ahli Parlimen, Tian Chua dan Presiden Parti Pejuang,  Mukhriz Mahathir.

Himpunan hari ini diadakan sempena genap setahun perang yang tercetus sejak 7 Oktober lalu, yang setakat ini mencatatkan lebih 42,000 korban rakyat Palestin.

Himpunan tersebut tamat kira-kira pukul 4 petang. 

JANGAN IKTIRAF

ISRAEL

AMIN

TOLAK BLACKROCK

LAWAN ZIONIS

TEMPATAN

KHALAS

Tiada ulasan: