Jumaat, 4 Oktober 2024

PERKEMBANGAN TERBARU - PARTI CHINA DAP DAH BERANI TIBAI PARTI MELAYU UMNO


Kenyataan Nur Jazlan boleh rosakkan perpaduan dalam kerajaan -DAP

KUALA LUMPUR – Kenyataan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Noor Jazlan yang mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak layak bekerjasama dengan UMNO, disanggah Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP, Lee Chin Chen.

Chih Chen berkata kenyataan Nur Jazlan yang juga Timbalan Speaker Dewan Negara itu dilihat cubaan dalaman UMNO untuk merosakkan perpaduan antara parti-parti dalam kerajaan.

“Nur Jazlan meremehkan kekuatan hubungan antara tiga parti Pakatan Harapan. Kami pernah berjuang bersama-sama pada waktu yang paling sukar, menghadapi cabaran dan dugaan seumpama berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

“Perasaan dan kepercayaan yang terjalin ini tidak akan mudah digoyahkan oleh hasutan dari luar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Chin Chen berkata demikian mengulas kenyataan Nur Jazlan bahawa PKR dan Amanah bukan parti penting atau layak duduk semeja dalam permainan ‘poker politik’ di peringkat Persekutuan mahupun Johor.

Tulisan terbarunya itu berkait desakan segelintir ahli dalam PH supaya kerajaan perpaduan di Johor susulan kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota.

Kenyataan itu mendapat respon daripada kepimpinan PKR antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najman Halimi.

Najwan menegaskan tiada satu parti politik yang dominan dan layak mendabik dada sebagai parti utama selepas PRU15.

Dalam pada itu, Chin Chen menegaskan bahawa pengalaman dalam pilihan raya lalu telah membuktikan bahawa Pakatan Harapan sentiasa menyokong antara satu sama lain dan berjuang bersama-sama dalam setiap pilihan raya.

“Tidak kira parti mana yang mewakili Pakatan Harapan, rakan-rakan sekutu akan sentiasa memberikan sokongan penuh bagi memastikan kemenangan.

“Sama ada menang atau kalah, ia adalah tanggungjawab dan kebanggaan bersama Pakatan Harapan,” katanya lagi. – 

AMAT MENARIK

PERKEMBANGAN

TERBARU

AMIN

PARTI CHINA DAP

DAH MULA BERANI

TIBAI

PARTI MELAYU UMNO

KAH KAH KAH

AMIN

GADUH SEPAK

TIBAI SAMPAI

RUNTUH

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

abu qassim berkata...

KAH KAH KAH
Tibai jgn tk tibai...
Kasi bungkuih toruih..
Jgn risau pati pis bleh gnti...
Pati boneo skrg dh jd rajo...
Dh kono kautim akn dapek koso..
Tkyah nk kono tunggu sain org malaya lg dh...
Pati sako mlayu bleh la simpan kek muzium..
KAH KAH KAH