Sabtu, 16 November 2024

CHINA MERAH TAKLOK BULAN


11 negara, 40 organisasi asing sertai China bangunkan pangkalan di bulan

BEIJING: China tidak bersendirian dalam usaha untuk membina pangkalan pertama di bulan.

Malam tadi, Beijing baru saja melancarkan eksperimen di angkasa bagi menguji sama ada batu bata di stesen terbabit mampu dihasilkan daripada tanah di bulan.

Sampel batu bata itu dilancarkan bersama roket kargo yang menuju ke stesen angkasa Tiangong milik China, sebagai sebahagian daripada misi republik berkenaan untuk menghantar manusia ke bulan menjelang 2030 dan membina pangkalan tetap di planet itu menjelang 2035.

Menurut agensi berita negara Xinhua, pangkalan di Bulan yang dirancang dikenali sebagai Stesen Penyelidikan Antarabangsa Lunar adalah projek bersama Russia.

Ia turut disertai 11 negara sebagai rakan kongsi inisiatif ini termasuk Thailand, Pakistan, Venezuela dan Senegal.

Terdapat kira-kira 40 organisasi asing juga menyertai insiatif terbabit.

Profesor di Universiti Sains dan Teknologi Huazhong, Wuhan, Zhou Cheng, berkata usaha untuk membina pangkalan di Bulan adalah tugas yang mencabar kerana sebarang struktur perlu menahan jumlah radiasi kosmik yang besar, variasi suhu yang ekstrem serta gempa bulan dan penghantaran bahan binaan ke bulan adalah satu prosedur yang sangat mahal.

"Membina pangkalan dengan menggunakan bahan daripada bulan sendiri mungkin menjadi penyelesaian kepada masalah itu," katanya.

Selain itu, Amerika Syarikat (AS) menyatakan hasrat untuk menghantar manusia kembali ke Bulan pada 2026, seterusnya bercadang mendirikan stesen di sana walaupun program Artemis diterajui negara itu beberapa kali mengalami kelewatan.

Sebagai sebahagian persiapan, penyelidik di Universiti Florida Tengah sedang menguji batu binaan mereka sendiri yang dibuat menggunakan pencetak tiga dimensi atau 3D

Sementara itu, Agensi Angkasa Eropah (ESA) menjalankan kajian mengenai cara untuk memasang batu bata berdasarkan struktur batu bata Lego.

PERLAWANAN

ANTARA CHINA

DAN AMERIKA

AKAN MELARAT

KE BULAN

AMIN

CHINA BAWA

RAMAI KAWAN

AMIN

KHALAS





1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak bawak mesia sekali ka? Pundek punya china...kita yang asyik dok bagi lesen, kewarganegaraan, mm2h, porrest city bagai...cilaka kita dapat kentut je...mana maruah type m? Sibuk dgn burit dan ubat sapu kote. Hail hydra